Thursday, 5 March 2026

Resepi | Puding Roti Pink

Boleh ye Ummi letak namanya Puding Roti Pink, untuk lebih mudah dirujuk. Sebab ada resepi puding roti lain Ummi pernah cuba. 

Resepi ni Ummi dapat hasil berkunjung ke blog Lina PG (Kak Lina). KL sertakan sekali video jadi mudahlah bagi Ummi yang buat puding roti pun kadang² fail 🙈 

Bahan² Puding Roti Pink 
5 keping roti - Ummi guna 4 keping roti + kerak² roti lebihan buat aiskrim goreng 
200 ml santan
200 ml susu cair
600 ml air
10 g serbuk agar²
¾ cawan gula putih 
Sirap Ros/pewarna merah 
Secubit garam 
Daun pandan 

Cara Penyediaan:
1. Potong/gunting setiap roti kepada beberapa bahagian. Ummi potong 6. 

2. Susun roti yang telah dipotong tadi dalam loyang. Lebihan roti ketepikan dulu. 
# Nak mudah guna loyang 4 segi, senang nak susun roti. 
3. Dalam periuk, satukan santan, susu cair, air, gula, serbuk agar², garam dan pewarna merah/sirap Ros. Gaul sebati, masukkan daun pandan dan buka api sederhana je. Kacau selalu supaya adunan tak berketul. Bila adunan dah berbuih, tutup api. 
# Kalau puding pucat, tambahkan pewarna supaya dapat warna puding yang cantik 
Jangan sampai mendidih, nanti santan pecah (berketul) puding tak cantik. 
4. Masukkan baki roti tadi dan rendamkan dalam adunan puding. Tekan² supaya roti terendam dengan sekata. 

5. Ceduk sedikit kuah dan curah perlahan ke atas susunan roti tadi. Untuk dapat efek berbelang². 

5. Kemudian ceduk adunan puding dan tuang ke atas susunan roti hingga habis. 
6. Biar puding sejuk seketika sebelum disimpan di dalam peti ais Selamat 3-4 jam. Ummi buat sebelah pagi, sebab belah petang fokus masak lauk je. 

Alhamdulillah, puashati dengan hasilnya. 


Untuk resepi penuh dan video penyediaannya sila ke blog Kak Lina PG. 

Terima kasih banyak Kak Lina atas perkongsian resepi 🌹 
Saya buat jadi 😁


5 comments:

  1. Ye la..rasanya SA tengok blog Kak LinaPG ...hahahahah....nampak senang, nanti nak suruh dania buat..kuih muih ni SA memang x berjodoh

    ReplyDelete
  2. Warna pink memang menggugat selera la PH😍

    ReplyDelete
  3. Menarik ni warna pink. Puding roti kalau ada sos kastard memang ngam.

    ReplyDelete
  4. Cantik kejadiannya.
    Makan puding begini boleh mengenyangkan.

    ReplyDelete
  5. Ok save 😍😍😍. Nak buat juga. tinggal sirup tak ada. Kami dah tak minum sirup sebenarnya. Mungkin nanti nak cari alternatif lain lah.

    ReplyDelete