Wednesday, 18 March 2026

Mewah Rezeki @ 27 Ramadhan

Bingkisan raya dari Cik Tah 
Sampul hijau tu duit raya untuk Ummi. 

Dalam bekas Tupperware ada rendang daging, airtangannya. Rendang Daging Negeri Sembilan + Melaka katanya. 

Walid berbuka di ofis, join iftar syarikat bersama anak² yatim. 

Packed food ni untuk semua staff kot.
Tak bagi perhatian mása Walid bgtau tu 🙏🏻

Lepas terawih, dapat pula moreh bihun goreng dan kuih seri muka. Pihak committee program tapaukan juga lauk ayam goreng berempah dan kari kambing. Ramai balik lepas Maghrib rasanya, jadi lauk pauk yang lebih tu diagihkan kpd yang stay sampai selesai terawih. Bihun goreng tu kami pakat makan sorang sikit bagi habis sebab dah bercampur dengan sambal dan kuih. Lauk pauk simpan untuk sahur. 

Kuih raya dari company. Tuan CEO sampaikan kalau tak silap. 

Rezeki duit raya untuk anak⁴, dari Aunty Sofi. 
Tqsm 🌹
Sampul cantik ni dari CIMB. 

Paling Ummi sukaaaaaa...
Ini dari Kelab Kebajikan & Rekreasi syarikat. 
Nasi impit segera tu  sesuai sangat dengan suasana nak raya ni kan... 
Alhamdulillah rezeki. 




2 comments:

  1. Teringat dulu pun ada join kelab rekreasi syarikat....meriah rezeki tu PH. Alhamdulilah

    ReplyDelete
  2. CIMB sini warna hijau. Sedapnya rendang tu.

    ReplyDelete