Wednesday, 18 March 2026

Kisah & Menu 28 Ramadhan


Ramai dah balik kampung kan... 

Tq Abg Hazim dan Uncle M for the duit raya. Semalam dapat sampul CIMB merah, hari ni hijau. Suka motif ala songket pucuk rebung tu 👍🏻

Menu sahur Ummi panaskan lauk pauk dan nasi beriani yang Walid bawa balik dari ofis. 

Untuk berbuka, Ummi masak sambal bilis kentang dan sayur bayam merah. Habis dah stok sayur. 

Rendang Daging by Cik Tah dan sambal paru Cik Ros. 

Bubur lambuk, cucur roti dan roti john by Angah. 

Shawarma Abg Hazim bagi 👍🏻

Moreh kue tiau goreng. 
Kalau raya Jumaat, ni kira last moreh la. Mudah-mudahan ada rezeki bertemu lagi dgn Ramadhan Al Mubarak di tahun² mendatang. 



6 comments:

  1. cie dapat sampul hijau tu la masa tukar duit. banyak warna rupanya kan.

    ReplyDelete
  2. Ramadan semakin meninggalkan kita, berapa hari je ammi dapat buat tarawih. Penat nau badan ni sekarang.

    ReplyDelete
  3. Cantik corak sampul raya CIMB. Klasik sungguh. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye PH. Semoga Aidilfitrinya awesome

    ReplyDelete
  4. semoga yang baik2 untuk kita semua.. aamin

    ReplyDelete
  5. waahhh shawarma & sambal paru feveret Bong! ramadhan dah nak berakhir :(

    ReplyDelete