Tuesday, 10 March 2026

Kisah & Menu 20 Ramadhan

Dah masuk 10 terakhir kita di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan tahun ni ada rezeki kita bertemu Lailatul Qadar aamin 🤲🏻 

Antara tips yang Ummi dengar dari perkongsian ustaz², untuk tidak terlepas Lailatul Qadar ni ialah jangan tinggal solat jemaah Subuh dan Isyak. Selain tu kita digalakkan untuk; 
2. Sedekah setiap malam 10 terakhir 
3. Baca 3x Surah Al Ikhlas di samping meneruskan tilawah/tadarus Al Quran yang kita buat. 

Sekiranya pada malam tersebut adalah Lailatul Qadar, besarlah pahala yang kita dapat In Sha Allah. 

Menu sahur; ayam goreng kunyit dan telur rebus. Lauk kering macam ni, regunya kicap la :) 

Menu berbuka; ayam bakar madu, dory fish fillet masak sweet sour dan pak choy bawang putih. 

Ayam bakar tu Ummi tiru resepi Mokcik, isteri kepada blogger Pokcik. Mokcik perap ayam dengan sos tiram, kicap manis, bawang putih dan lada hitam. Ummi tambah madu, garam dan serbuk perasa. Terima kasih Pokcik kongsi resepi ni. 

Tembikai manissss... 

Dah naik pangkat, dari pelakon tambahan kpd pelakon pembantu. Hari² muncul atas meja :) 

Moreh roti john, teh tarik dan sirap. 
Makanan berbuka dan moreh surau kami outsource (open tender)  kepada 2 caterers. 15 hari pertama orang lain, 15 hari kedua orang lain. 

Alhamdulillah. 



7 comments:

  1. lama pulak tak makan dory fish fillet masak sweet sour tu!

    ReplyDelete
  2. Wahhh..Bestnya menu2 sis..Smoga kita ber-rezeki brtemu dgn mlm lailatul qadar...Amin

    ReplyDelete
  3. Semuga kita semua bertemu dengan lailatur Qadar. Aamiin

    ReplyDelete
  4. hah pantas dh masak menu dory...tk pernh masak sweet sour ...kita baru update entry dory fish

    ReplyDelete
  5. Wah hari-hari bubur lambuk. Siapalah yang suka sangat makan sampai setiap hari ada.

    ReplyDelete
  6. Mekasih atas perkongsian PH, semoga ketemu kita malam lailatur qadar. 🤲

    ReplyDelete