Friday, 27 March 2026

Ke Gunung Jerai @ 5 Syawal

Memandangkan Walid cuti raya lama kali ni, kami ambil peluang untuk cuti-cuti Malaysia; staycation di puncak gunung tertinggi di Kedah, Gunung Jerai. Ini kali pertama Ummi ke Gunung Jerai. Walid pernah ke sini, waktu kecik dulu. Anak⁴ macam Ummi, first timers juga. 

Dari kaki gunung ke puncak 12km. 
Boleh bawa kenderaan sendiri atau naik van sewa. Kami pilih naik kenderaan sendiri. Perjalanan naik ke atas ± ½ jam. 

Ramai yang berpesan supaya hati², jalan naik ke gunung sangat sempit dan berliku². Macam naik Cameron Highlands ikut Tapah dulu². 

View di pertengahan perjalanan... Kalau musim padi menghijau mesti lagi cantik. Sekarang padi dah dimesin, yang tinggal petak² sawah warna keperangan. 

Tanah merekah, kesan cuaca panas dan kemarau  di negeri Jelapang Padi. 

Sampai di sini hanya kenderaan yang menginap di The Jerai Hill Resort saja dibenarkan masuk ke dalam. Yang datang untuk bersiar², ada public parking disediakan selain medan selera dan tandas awam. Surau pun ada atas ni. Ada pilihan sama ada nak menginap di atas sana atau balik hari. 

Subhanallah! 
Pemandangan sangat mengagumkan. Daratan dan laut seakan bersatu. Nampak juga Pulau Bunting (pulau tak berpenghuni, di Yan).

View sebelah sini nampak rumah², bangunan dan sawah padi. 

Banyak tempat menarik untuk dilawati. Ada yang percuma, ada yang berbayar. 

T-rex! 
Nak tengok lagi banyak dinosaur kena masuk ke Dino Park. Ada sound effect, berbunyi je si T-Rex ni :) 

Nak masuk sini RM5 tak silap...dapatlah tengok best view dari puncak Gunung Jerai ni. Ada cafe sebelah luar ni, bolehlah nak kopi² sambil layan sunset

Pencawang Gunung Jerai. Selalu nampak pencawang ni dari kejauhan. Ingatkan puncak gunung dekat situ 😅

Angah & Adik nak main flying fox. Bayaran RM 15 sorang. Bayaran secara QR sahaja. 

Jungle Fun Garden ni tak pasti ada apa dalam tu, tak masuk. Tiket RM 10, waktu operasi sampai pukul 10 mlm katanya. 

Archery dan paintball. Semua ni berbayar. Kakak nak naik SkyBike tapi tutup. Sebab cuti raya ke apa Ummi tak pasti. 

Banyak hydrangea. Kembang besar², cantik! 
Sejuk ke atas ni? 
Tak sejuk sangat tapi nyaman. Rasa selesa sebab tak panas membahang. Sejuk² manja je senang cerita :) 

Stay time for more In Sha Allah.

# update blog sikit² dan blog walking slow², masih beraya 🙏🏻









7 comments:

  1. Best jugak macam2 ada kat atas tu ye.

    ReplyDelete
  2. Linda pun tak pernah lagi sampai Gunung jErai ni.. bila la nak sampai agaknya

    ReplyDelete
  3. Ada macam-macam aktiviti boleh dibuat di atas Gunung Jerai.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah naik Gunung Jerai. Sekali tu je la....tapi balik raya ni tak sempat nak explore Gunung Jerai.

    ReplyDelete
  5. Laaa....PH pi Gunung Jerai ka...
    Adah pun pi juga raya ke5...Dia dok ajak ..saya takmau pi..last² depa pi 3 beranak.Kalau saya ikut ntah² kita bertemu ..hihihi

    ReplyDelete
  6. Rupanya banyak aktiviti menarik kat atas tu erk

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.
    Alam ciptaan-Nya menang tiada tandingan.

    ReplyDelete