Saturday, 14 March 2026

Iftar Perdana @ SMKA


Kami berbuka di sekolah Angah semalam. Jemputan terbuka untuk semua ibubapa dan ahli keluarga. Juadah berbuka sendirian berhad :) Untuk anak² pelajar makanan disediakan secara pek, jadi boleh ambil di dewan makan dan makan bersama keluarga. 

Meriah! 
Nasi goreng chicken chop bersama nugget dan black pepper sauce. Kuih muih ambil sendiri. Angah ambil semua jenis kuih untuk Ummi ☺️

Anak soleh Ummi ni setiap kali ada program di sekolah dia suka volunteer jaga trafik. Dah naik F3 ni makin banyak tugasan yang diamanahkan kepada F3. Ummi nampak juga kawan² rapat dia yang jadi tukang cedok air. Baguslah masing² main peranan bantu pihak sekolah. 

Penuh meja kami... 
Jom tengok Ummi masak/bawak apa... 

Tomyam ayam, udang + sotong goreng kunyit, popia crabstick, ulam + sambal belacan dan telur dadar. 

Murtabak wajib adalah kan, untuk Walid alas perut sebelum solat Maghrib. Nasi goreng Cik Zana bagi masa Abang ambil bubur lambuk Atok Man. Untuk air, beli air botol kemudian letak ais. Air kantin pun belilah juga, sebab kami makan di kantin. Support la depa jugak kan... 

Selain bawa makanan untuk makan sendiri, digalakkan juga untuk bawa makanan potluck. Ini lebih kepada nak kongsi rezeki dengan anak² yang parents tak boleh datang. Ummi bawa mee goreng. Masa pergi solat Maghrib tu, tak nampak dah bekas mee ni, tinggal senduk je depa letak dalam bekas lain. Harapnya dah habis la mee Ummi ni. 

Antara juadah potluck lain ...
Ada juga lori aiskrim. Adik teringin nak ambil tapi ramai sungguh yang beratur. Tak sanggup nak que ... 

Ambil laksa je... sedap 👍🏻 

Alhamdulillah program berjalan lancar. Cuaca pun elok. Risau takut hujan je, sebab ramai bentang tikar depan dewan sekolah. 

Program Iftar Perdana ni juga bersekali dengan majlis penutup program Ihya Ramadhan. Alhamdulillah selesai sudah semuanya dengan lancar. 

12 comments:

  1. Alhamdulilah selesai majlisnya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Seronoknya PH.
    Kelmarin ada majlis iftar di ladang, tapi saya tak hadir.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah majlis berjalan molek dan makanan boleh tahan ada pelbagai jenis ye. Bisa rambang mata ni kalau KSarie😅Baguih anak soleh volunteer untuk menjaga trafik. Ciri-ciri kepimpinan udah ada ni. Semoga terus kekal cemerlang ye

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...nampak juga dekat status wasap cikgu sekolah tadika dedek dulu..
    Nasib cuaca baik je

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, meriah jugak menu2nya tu

    ReplyDelete
  6. Seronok budak dapat beriftar ramai2 macam ni dengan keluarga

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dapat meraikan bersama2

    ReplyDelete
  8. Sekolah Khilfi takde iftar perdana. Cuma setiap batch ada sumbangan iftar pada hari yg dh dipilih. Batch Khilfi sumbang aiskrim lepas moreh.

    ReplyDelete
  9. Haritu baca blog ibu rawiwa pun ada buka puasa kat sekolah wafi. Style potluck jugak.
    Best boleh merasa macam2 jenis makanan

    ReplyDelete
  10. Best laaa ummi boleh masak macam²... sedap² pulak tu.

    ReplyDelete
  11. Sekolah rendah tiap-tiap tahun buat Iftar Perdana ini.. SMK macam tak ada pula tahun ini.. Tapi SMK buat ja program Ihya Ramadan..

    ReplyDelete