Monday, 2 March 2026

Al Fatihah ~ Naim

11/2 Ummi ada ke Hospital Sg Buloh melawat dua pupu Ummi yang mengalami komplikasi selepas pembedahan di kepala. Terima kasih semua yang mendoakan. Sejak hari tu, saudara Ummi ni (Naim namanya, gelaran Pakteh Naim utk anak²) ditidurkan dan menjalani beberapa kali lagi prosedur pembedahan. Semalam, keadaannya semakin kritikal. Dan hari ini 12 Ramadhan Naim kembali ke negeri abadi sekitar Zohor. 

± jam 6 ptg tadi jenazah dibawa pulang ke kampung kami di Baling. Arwah muda lagi, baru 39 tahun. Anak sulong sebaya Angah, anak kedua muda setahun dari Kakak dan si bongsu sebaya Adik. 

Banyak kenangan manis Ummi dengan arwah sebab kami membesar sama². Ummi berkawan rapat dengan kakaknya, Maklang Liza manakala arwah pula kawan baik dengan Abg Anas. Kali terakhir jumpa arwah raya tahun lepas, di rumah ayahnya Wan Kob. Orangnya ceria dan suka senyum. Memang dia disenangi ramai. 

Perjalanan akhir yang memilukan. 

Selamat tiba di kampung sekitar jam 1 pagi. Semoga tenang di sana Im 🤲🏻

Semoga seluruh ahli keluarga khususnya anak³, isteri, ibu ayah dan adik beradik arwah diberi kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi ujian berat ini. Semoga dipermudahkan urusan akhir arwah dan rohnya ditempatkan bersama para solihin hendaknya aamin 🤲🏻 



9 comments:

  1. Al fatihah. Sedihkan bila bulan Ramadan orang tersayang Allah jemput. Semuga tabah keluarga yang tinggal menghadapi dugaan hidup kehilangan orang tersayang.

    ReplyDelete
  2. salam takziah...alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  3. innalillah wainna ilaihi rajiun

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga Allah merahmati arwah. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  5. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    ReplyDelete
  6. salam takziah...semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian..aamin... Al-Fatihah

    ReplyDelete
  7. Salam takziah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman

    ReplyDelete