Tuesday, 2 December 2025

Haziq in da House

Abang sepupu depa, Haziq datang bermalam di rumah kami hujung minggu lepas. Sekarang study week. Bosan takde kelas, datanglah ziarah sepupu⁴ Gombak ni. First time datang sendiri ke rumah kami. Masa daftar masuk IPG tu, dia datang bersama keluarga.  

Masuk je rumah, wah bau makanan dia kata... Haha... Lama tak makan makanan home cooked macam ni, terus serbu 😁

Haziq ni anak buah Walid. Masa dia lahir, Ummi dah kahwin dengan pakngah dia jadi tak kekok melayan. Memang kenal dari bayi. Setahun tua dari Abang, cucu sulong Tok Ayah. 

Angah pun PB. Seronoklah ada geng. Main phone, tengok TV, makan, tidur itulah keja depa :) 
Angah dah habis UASA itu yang balik rumah bagi peluang bersantai dan melepak je. 

Sabtu bawa pergi melawat Abang di asrama. Tahun lepas Haziq SPM, kami pergi melawat dia di asrama. Kira ni kunjungan balas dia la :) 

Ahad hantar dia dekat Terminal Putra je. 

Sepanjang Haziq datang 3H2M tu Ummi masaklah macam² juga untuk raikan dia. Duduk di IPG ni dia mula belajar ikat perut. Biasalah tu students... 

Bihun untuk sarapan pagi Ahad. 
Bihun hancur, tak suka. Bihun jenama ni memang Ummi tak pandai goreng. Tapi ini je yang ada, goreng je la. Yang penting, habis juga :D 

Sabtu Ummi masak ikan keli sambal dan sayur kobis panjang. Ada juga kari ayam lauk malam tu. Ummi Walid keluar, depa makan berempat je. 

Sabtu malam pakat nak makan ramen. 

Lunch Ahad Ummi masak sambal udang, pucuk ubi masak lemak dan ayam bakar. 

Nanti mai lagi Haziq 🤗

22 comments:

  1. Oooo Haziq la tetamu PH tu...yang keletung keletang PH masak last week ye...alhamdulillah seronok Haziq Mak Ngah raikan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dia le SA ... Baru nak kenal dunia hihi. ..

      Delete
  2. Seronok Haziq datang rumah Pak Ngah Mak Ngah dia dapat makan home cooked yang dirindui. Faham sangat life student ni kan. Kena ikat perut dan tak dapat makan sedap macam selalu. Makanan yang dihindangkan pun sedap-sedap pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu Fiza kan, kita dulu pun bersusah² dan berjimat² juga kan ... Sekali sekala dia datang, raikan je la :)

      Delete
  3. Seronok dia, dapat makan home cooked meal. Sedap² tengok PH masak, lagi² masak lemak pucuk ubi tu. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa sedap pulak gandingkan dgn udang sambal tu. Seimbangkan rasa pedas sambal dgn kuah lemak tu

      Delete
  4. Cie baru plan nak masak sambal udang hari ni untuk dinner. Makcik2 ni camtula kan santuni anak buah kalau datang ke rumah tu mesti masak sedap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita rasa besar hati je nak raikan depa Cie kan... Seronok sebenarnya raikan tetamu dan kaum keluarga

      Delete
  5. Sedih bila cakap student kena ikat perut. Sebab simpati betul tak makan proper sebab Cuya zaman student selalu makan sedap2. Alhamdulilah... Moga sihat sihat selalu adik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki Cuya 👍🏻
      Ikutkan Haziq ni dapat elaun cuma nak berjimat jugalah mana yang boleh tu. Lauk beli, nasi masak sendiri.

      Delete
  6. Harap Haziq semangat kembali untuk belajar lepas cuti untuk tenangkan hati dan perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya gitu la NA... Nak exam minggu depan

      Delete
  7. Replies
    1. Makan² tu seronok, masak² tu penat ahahaha 😆

      Delete
  8. Ini namanya rezeki.... Home made lagi!

    ReplyDelete
  9. Kalau ada tetamu mmg over rajin kn kita masak.. suka tgk org mkn bertambah2

    ReplyDelete
  10. bestnya tgk PH masak mcm2 utk tetamu! sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadarnya je MZ. Makngah kesian dengar dia asyik beli lauk dekat luar je hehe

      Delete
  11. Alhamdulillah, seronok Haziq dapat makanan homecooked

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah rezeki Haziq dapat makan pelbagai spesies homecook meals yang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh mak menakannya. Semoga Haziq datang ziarah lagi nanti

    ReplyDelete