11.8 kelmarin Haziq telah selamat mendaftar di sebuah IPG di selatan tanahair. Itulah tujuan sebenar Paksu sekeluarga tumpang bermalam di rumah kami. Sambil menyelam minum air bak kata pepatah.
Haziq dapat juga tawaran matrik dan Unikl tapi dia pilih IPG. Salute juga Ummi dengan pilihannya sebab dia lelaki. Selalu perempuan memang minatlah jadi guru kan... Tapi dia ada DNA guru, jadi tak hairanlah kan...Di sebelah keluarga Kodiang; Maksu, Maklong Ida dan arwah Wan Razak semuanya guru. Di sebelah keluarga Jitra, Tok Umi dan Tok Ayah dua² pesara guru. Bagusnya masuk IPG ni dah terjamin kerjanya. Ada elaun juga tak salah Ummi.
Temuduga IPG ni rupanya ada beberapa proses;
1. Temuduga lisan
- penemuduga cakap ini boleh jadi Ustaz ni, sebab Haziq bekas pelajar SMKA TMUA 😁
Tapi Haziq dapat pengkhususan Bahasa Melayu.
2. Buat presentation
3. Fitness test
Semua ni dibuat pada hari yang sama, bulan 5 hari tu.
Tahniah sekali lagi Haziq 👏🏻
Semoga berjaya menggapai cita² untuk menjadi pendidik.
Tahniah juga utk anak² Batch '07 yang telah mendaftar di tempat pilihan masing². Rasanya IPG ni paling last mendaftar kot.
All the best semua!
Tahniah Haziq...
ReplyDeleteTahniah. semuga menjadi cikgu yang berguna kepada bangsa dan negara satu masa nanti
ReplyDeletetahniah Haziq...sekarang memang diorg tengah cari pengkhususan guru BM...sebab berkurangan dah...kawan yang guru matematik, pun kena tolong ajar BM
ReplyDeleteBegitu ... Zaman Akk nak cari cikgu BI. Itu yg ramai minta KPLI dan berjaya jadi guru.
DeleteTahniah, Haziq. Ada dna guru ya, hihihi.
ReplyDeleteAda DNA guru ni tak lari mana dah. Tahniah Haziq, semoga tercapai cita-cita menjadi seorang pendidik. Aamiin...
ReplyDeleteTahniah Haziq.. Banyak pahala mendidik anak bangsa ni.
ReplyDeleteDah tetapkan pengkhususan mengajar BM ya? Tahniah Haziq. Dah minat tidak kisah lelaki ke perempuan jadi guru.
ReplyDeleteIya NA, dah ditetapkan.
DeleteTahniah untuk keluarganya..
ReplyDeleteSiap ada fitness test, bagus sebab bila mengajar nanti nak kena daki anak tangga. Kalau tak fit susah jugak.
ReplyDeleteTahniah Haziq!
Rata² kerja kerajaan sekarang dah titikberatkan bab kecergasan kan. Nak naik pangkat pun kalau anggota keselamatan tu kena BMI normal kalau tak silap.
Deletetula tgk ramai juga lelaki minat utk ke IPG..tahniah haziq
ReplyDeleteAlhamdulillah..congrats Haziq... Bakal guru tu..👏👏👏
ReplyDeleteBagusnya sudah daftar IPG. Dibuka, walaupun sedang trial spm ye, PH? Ke, bukan melalui UPU?
ReplyDeleteIni anak sedara Sy, SPM 2024 Nur
DeleteYg tengah trial tu anak sy, sebaya Sulaiman SPM tahun ni :)
Oh, ok. ok. Maapkan saya, salah faham.
DeleteOrang kidal ni biasanya otak dieorang kreatif. Tahniah buat Haziq bakal jadi guru 🎉
ReplyDeletecongrats n all the best haziq
ReplyDeleteTahniah!. Sebenarnya nak jadi pendidik ni banyak test kena lalui. Kalau bukan IPG di IPTA pun ada juga Bacelor Pendidikan ni. Kawan2 Dania yang sekelas yang apply Pendidikan selepas Asasi tu cuma seorang je yang lepas. Lain2 dapat course lain.
ReplyDeleteSusah rupanya ye. Saingan pun banyak, kena banyaklah tapisannya tu agaknya.
DeleteTahniah Haziq... nak masuk IPG pun result betul² power sekarang... dah macam nak belajar luar negara.
ReplyDeleteIye Kak? Sy pun tak pasti. Sbb tak bertanya ibunya ttg syarat result tu. Sekarang ramai pandai², kena bersainglah masing² pun
DeleteAlhamdulillah terbaikkk Haziq.. inshallah besar pahala menjadi seorang cikgu dlm mendidik anak bangsa di sekolah ..
ReplyDeleteTahniah..semoga menjadi guru yang baik..alhamdulillah rezeki Haziq
ReplyDelete👏 congrats untuk haziq. Banyak pahalanya menjadi guru ini. Mengajarkan ilmu , tak putus amal jariyah
ReplyDeleteTahniahhh
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih semua atas ucapan dan DOA 🌹
ReplyDelete