Friday, 5 December 2025

Drama Hujung Minggu

Alkisahnya Abang called Walid Jumaat malam (minggu lepas). 

"Tangan Abang terkehel"

Dengar je terkehel tu Ummi dah terbayang  pergelangan tangan tu tak boleh angkat, jatuh ke bawah. Overthinking, panic semua tu auto timbul dalam kepala. Katanya jatuh di surau. Sebelum Jumaat lagi tapi malam baru rasa sakit. Itu yang call bagitau Ummi Walid. 

Teruslah bergegas ke sekolah. Syukur Haziq ada, boleh temankan Angah dan adik². 

Alhamdulillah takde apa² yang serious pun. 
Abang siap kena bebel dengan Doc, jaga diri you tengah SPM, jangan lasak². Patah ka apa susah nanti 🤭 

Sabtu melawat dia. Tengok dah berbalut tangannya. Sakit ke bang? Tak, Abang nak main futsal lepas ni. Protection je. 

Berat hati nak bagi dia main tapi kesian pulak. Siap bawa turun kasut futsal. Kawan² pun dah start main, mulalah tak senang duduk. Depa nak release tension la kan, minggu tu back to back paper; Isnin, Selasa, Rabu. Boys pulak main bola la cara depa nak lepaskan tekanan. 

Bagi la dia main, 15 minit cukup. Buat raso² :)  Sengih sampai ke telinga la :D 

Subuh Ahad called pulak. 
Lutut Abang sakit, main futsal semalam. 
Alahai anak :( 

Sakit sampai terhencut² jalan. Kaki tak boleh nak bengkok, jadi solat pun atas kerusi. Abang Abang... Obvious la kaki tu sakit sampai parents lain pun dok tanya kenapa dengan kaki Abang... Ustaz Saffone pun mentioned masa majlis bacaan Yasin KSIB mingguan Khamis kelmarin, pesan anak² jaga diri. Ada yang bagitau nak demam, ada yang lutut terseliuh main futsal. Abang la tu 🤭

Semoga baik² ye Abang ..sikit lagi 💪🏻




26 comments:

  1. Aduhaiii...macam-macam pulak tu kenanya. Semoga cepat baik, dapat study dengan baik dan dapat jawab exam dengan tenang.

    ReplyDelete
  2. Allah.. Semoga abang diberikan kesihatan yang baik dan sentisa dalam perlindungan Allah.. Semoga cepat sihat ye abang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq doanya Sha. Bertambah baik dah alhamdulillah.

      Delete
  3. jaga kesihatan bang...hati mak2 ini la yang paling risau kan,mulut ni tak bhenti doa Allah beri kesihatan yang baik sepanjang minggu exam ni..Pia pun tengah exam sem 2 ni ada je rasa nak demam la sakit perut la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dugaan pulak utk Abang. Apapun syukur takdelah yg serious, cuma tak selesalah kaki tu terhencut². Good luck Pia !

      Delete
  4. Nak exam tu berehat jela tak payah buat apa2 aktiviti. Risau pulak nanti kena jawab exam atas katil hosp pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nauzubillah .... Boys Cie, mana nak duduk diam 😇

      Delete
  5. moga tiada apa-apa kecederaan yang serius.. moga dipermudah menghadapi exam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semuanya okay Ustaz. Terima kasih atas doanya.

      Delete
  6. Take care. Macam macam ye. Tangan terkehel, lutut sakit. Anak anak ni.. Semoga baik baik sahaja dan sihat . Sikit je lagi nak habis SPM.

    ReplyDelete
  7. Kalau dalam marathon, dah nak sampai garisan penamat, sudah lepas separuh, lagi 3 paper nak habis, untuk Sulaiman.
    Semoga Abang baik-baik saja dan cepat sembuh. Kena bertahan je, dan jaga diri, anak-anak sekalian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah. Dah hampir garisan penamat ni. Kena pecut :)

      Delete
  8. Allahumma yassir utk abg. kena jaga kesihatan tu, moga2 lancar semua paper SPM nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah baik banyak dah MZ. Solat pun dah boleh duduk tahiyat tu dgn sempurna. Sblm ni lutut tak boleh bengkok, sakit.

      Delete
  9. Kasihan,banyakkan sabar,..kuat hadapi ujian cepat sembuh nanti..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, cepat sembuh dan pulih lagi ya Abang. . syukurnya masih bisa ikut ujian. Betul tuh, di masa ujian begini, memang sebaiknya jaga diri dulu. Kuatir tak bisa ikut kalau terluka parah 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah everything slowly gets to normal Fanny. Thanks for the DOA

      Delete
  11. Alahaiiiii abang... abang...
    Jaga diri masa² kritikal ni. Lama lagi nak abeh paper.
    Main pelan² ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serik dah Kak 🤭
      Sy usik dia nak main lagi tak? Tak nak tak nak haha...

      Delete
  12. mcm Khilfi pulak si abang ni..nak main bolat tapi kejap kang jari terseliuh, lutut injured, peha kejang.

    ReplyDelete