Alkisahnya Abang called Walid Jumaat malam (minggu lepas).
"Tangan Abang terkehel"
Dengar je terkehel tu Ummi dah terbayang pergelangan tangan tu tak boleh angkat, jatuh ke bawah. Overthinking, panic semua tu auto timbul dalam kepala. Katanya jatuh di surau. Sebelum Jumaat lagi tapi malam baru rasa sakit. Itu yang call bagitau Ummi Walid.
Teruslah bergegas ke sekolah. Syukur Haziq ada, boleh temankan Angah dan adik².
Abang siap kena bebel dengan Doc, jaga diri you tengah SPM, jangan lasak². Patah ka apa susah nanti 🤭
Sabtu melawat dia. Tengok dah berbalut tangannya. Sakit ke bang? Tak, Abang nak main futsal lepas ni. Protection je.
Berat hati nak bagi dia main tapi kesian pulak. Siap bawa turun kasut futsal. Kawan² pun dah start main, mulalah tak senang duduk. Depa nak release tension la kan, minggu tu back to back paper; Isnin, Selasa, Rabu. Boys pulak main bola la cara depa nak lepaskan tekanan.
Bagi la dia main, 15 minit cukup. Buat raso² :) Sengih sampai ke telinga la :D
Subuh Ahad called pulak.
Lutut Abang sakit, main futsal semalam.
Alahai anak :(
Sakit sampai terhencut² jalan. Kaki tak boleh nak bengkok, jadi solat pun atas kerusi. Abang Abang... Obvious la kaki tu sakit sampai parents lain pun dok tanya kenapa dengan kaki Abang... Ustaz Saffone pun mentioned masa majlis bacaan Yasin KSIB mingguan Khamis kelmarin, pesan anak² jaga diri. Ada yang bagitau nak demam, ada yang lutut terseliuh main futsal. Abang la tu 🤭
Semoga baik² ye Abang ..sikit lagi 💪🏻
Aduhaiii...macam-macam pulak tu kenanya. Semoga cepat baik, dapat study dengan baik dan dapat jawab exam dengan tenang.
ReplyDeleteAllah.. Semoga abang diberikan kesihatan yang baik dan sentisa dalam perlindungan Allah.. Semoga cepat sihat ye abang..
ReplyDeletesmoga abang cpt sembuh
ReplyDeletejaga kesihatan bang...hati mak2 ini la yang paling risau kan,mulut ni tak bhenti doa Allah beri kesihatan yang baik sepanjang minggu exam ni..Pia pun tengah exam sem 2 ni ada je rasa nak demam la sakit perut la
ReplyDeleteNak exam tu berehat jela tak payah buat apa2 aktiviti. Risau pulak nanti kena jawab exam atas katil hosp pulak.
ReplyDeletemoga tiada apa-apa kecederaan yang serius.. moga dipermudah menghadapi exam
ReplyDeleteTake care. Macam macam ye. Tangan terkehel, lutut sakit. Anak anak ni.. Semoga baik baik sahaja dan sihat . Sikit je lagi nak habis SPM.
ReplyDeleteKalau dalam marathon, dah nak sampai garisan penamat, sudah lepas separuh, lagi 3 paper nak habis, untuk Sulaiman.
ReplyDeleteSemoga Abang baik-baik saja dan cepat sembuh. Kena bertahan je, dan jaga diri, anak-anak sekalian.
Allahumma yassir utk abg. kena jaga kesihatan tu, moga2 lancar semua paper SPM nya
ReplyDelete