Thursday, 27 November 2025

Ribut Tropika Senyar

Sejak semalam kecoh tentang Ribut Tropika Senyar yang diberitakan oleh Met Malaysia akan melanda beberapa negeri termasuk KL, Selangor ni... 

Bila dah dikeluarkan amaran begitu, risau dan berjaga-jagalah juga kita. 

Info tentang Ribut Tropika Senyar. 

Bila dengar begini, selain kita alert dengan keadaan cuaca buruk yang diramalkan bakal berlaku, sebagai orang Islam semestinyalah kita bergantung sepenuhnya kpd Allah SWT. Berdoa agar terhindar dari sebarang musibah dan bencana kesan dari ribut ni. Bagus inisiatif JAKIM dan JAWI ni. 


Teruslah kita berdoa wpun diberitakan ribut makin lemah selepas membadai pantai sebelah Banting, PD sana awal pagi tadi. Takut ye tengok video dekat TT. Kuat betul angin. Ribut ni akan bergerak ke sebelah Pahang sana pula. Take care kawan² dekat sana dan stay safe ❤️

Mangsa banjir di 7 negeri pun Ummi dengar radio tadi pun masih ribuan mangsa. 
Allahu musta'an 🤲🏻

Pusat Operasi Pengumpulan Bantuan Banjir di masjid kariah SG. Boleh singgah sesiapa yang berhajat nak serah sumbangan. 

Berita mutakhir 👇🏻

Alhamdulillah 🤲🏻

Ummi ni concerned sebab hari ni Adik Kakak patut ada Kem Pengawas di Hulu Selangor. Syukurlah malam tadi dimaklumkan bahawa program ni dibatalkan sebab cuaca buruk dan ramalan Ribut Tropika Senyar ni. Walaupun kem dibatalkan, still kena ikuti perkembangan cuaca sebab nak kena keluar untuk ambil depa balik sekolah. Kalau hujan berterusan, kena keluar awal dari rumah. Peristiwa terperangkap dalam banjir kilat di Greenwood masih segar di ingatan. Trauma setiap kali hujan, risau air naik mendadak. Keduanya, hari ni Angah PB. Kena rancang juga waktu perjalanan. 

Semoga baik² saja utk kita semua 🤲🏻 


12 comments:

  1. Betul, dalam keadaan cuaca tak begitu baik ni kita kena kerap tengok update ramalan cuaca supaya boleh bersedia.

    Alhamdulillah hujan berterusan di rumah saya pun dah berhenti petang semalam pada hari ke-6. Hari ni masih mendung dan sesekali gerimis.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua dlm lindunganNya
    Pg dan ptg ujan
    Matahari sekejap je keluar

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua terlindung dari bahaya bencana alam 🤲🏻 syukur takde apa2 yg berlaku malam tadi. Setakat hujan lebat tapi takde angin kencang.

    ReplyDelete
  4. Seram...dari semalam hujan..alhamdulillah..hari ni hujan sampai tengah hari je..moga yang baik² je...aamin

    ReplyDelete
  5. Allahul musta'an.moga negara kita sentiasa di bwh lindunganNya

    ReplyDelete
  6. Berita hari ni cakap ribut tu dah mati. Harapnya takde la dah. Seram tengok video.

    ReplyDelete
  7. Risau betul MET pun buat PC kan. Buat masa ni elakkan buat aktiviti luar bila hujan berterusan. Bagus jugak program dibatalkan tu. Harini dah berhenti hujan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Sama-sama kita doakan semuanya selamat, mereka yang terkesan secara langsung dipermudahkan semua urusan. KSarie pergi dan balik kerja memang dok berpayung bagai

    ReplyDelete
  9. Ada kawan kat Sepang sampai tak tidur malam tunggu update. Senyar ni katanya lalu Sepang. Sepang pun banjir teruk juga. Laluan ke KLIA pun effect juga.

    ReplyDelete
  10. Semoga baik baik saja, banyakkan doa padaNya..banjir berlaku juga ..please hati2 semua ya

    ReplyDelete
  11. Hari² yang kritikal... Alhamdulillah semalam matahari dah naik dan panas.

    ReplyDelete
  12. Betul tu..walau SA x pernah lalui tregedi banjir ni tetap la kena hati- hati jugak...alhamdulillah semalam panas terik Seremban..kering la baju2 SA semalam

    ReplyDelete