Simpan sini juga gambar² kenangan kami suami isteri terpilih menjadi sebagai Sahabat TH bagi musim haji 2014H/1435H.
Setiap maktab tu ada Sahabat TH masing². Kami di Maktab 86. Ketua maktab kami Tn Hj Heikal, kakitangan TH yang banyak pengalaman menguruskan operasi haji di tanah suci. Alhamdulillah rezeki Ummi Walid berpeluang menyantuni para jemaah muassasah lain khususnya sewaktu masya'ir (Arafah-Muzdalifah-Mina-).
Dua minggu sebelum masya'ir rasanya kami bersama para petugas haji Maktab 86 dibawa ke Arafah dan Mina untuk melihat lebih dekat keadaan di sana dan meninjau persiapan yang sedang dijalankan. Wukuf pada tahun itu ialah pada hari Jumaat jadi Kementerian Haji Arab Saudi menjangkakan bilangan jemaah haji menjadi lebih tinggi jadi persiapan lebih rapi diadakan. Masa tu belum ada aplikasi nusuk dsbnya. Memang banyak jemaah tidak berdaftar yang turut mengerjakan haji. Sekarang dah ketat proses dan prosedurnya. Hukuman pun berat kan...
Semuanya operated by local chefs.
Tak buat apa pun raya haji ni, pagi pergi melontar kemudian balik ke khemah. Alhamdulillah kami Sahabat TH dapat satu khemah dengan staff TH 2 orang dan Ustazah pembimbing haji 2 orang. Keduanya dari Sarawak. Sahabat TH pula Ummi, Hjh Mirza, Hjh Niza dan Hjh Amalina. Turut bersama kami isteri mantan CEO dan isteri mantan pegawai kanan TH. 1/3 dari bahagian khemah ni pula dikhaskan untuk Jemaah Haji Luar Negara (rakyat kita yang berkhidmat/bekerja di luar negara seperti duta).
Cerita ni lebih 10 tahun lepas. Pastinya banyak perubahan yang dah berlaku. Apapun Ummi catatkan di sini untuk kenangan dan tatapan anak cucu nanti. DOA yang tak pernah putus, agar dapat kembali ke tanah suci dan diberi rezeki untuk yang belum dijemput ke sana agar Allah hadirkan jemputan istimewa dari-Nya.
#Kredit kpd Hjh Mirza utk gambar² ❤️
## Ummi dalam proses mengemaskini gambar² dalam galeri phone Angah. Phone tu dulu Ummi guna, turunkan kpd dia. Dia komplen banyak sangat gambar, penuh storage sampai dia nak download gambar WA @ Telegram pun tak boleh. Baik, Ummi buat clearance 🫡
Sebelum mana yang sesuai, Ummi simpan dalam blog, untuk tatapan anak cucu :p
Bila menatap gambar lama, pasti kenangan sewaktu di tanah suci datang silih berganti.
ReplyDeleteBetul Kak Amie. Pengalaman yang masih segar di ingatan dan indah sungguh alhamdulillah
Deletemoga2 ada rezeki utk MZ mengerjakan ibadah haji nanti bila dpt jemputanNya...plannya umur 55 insya Allah (sbb boleh amik duit EPF nanti)
ReplyDeleteAamin aamin aamin 🤲🏻
DeletePH doakan niat MZ tercapai hendaknya.
Seronoknya dah berpeluang menunaikan haji.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dapat jemputan awal Cie.
DeleteMasyaa Allah, PH dah bergelar hajjah rupanya.. Pasti satu pengalaman yang terindah sepanjang hayat kan.. mudah-mudahan ada rezeki kak ana juga dengan izinNya kelak.. aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah hadiah terindah dari-Nya Kak Ana. Mudah-mudahan ada rezeki utk Kak Ana dan kawan² maya semua juga 🤲🏻
DeleteTahniah pn hjh
ReplyDeleteOpen air dulu dapur di Arafah ya.
ReplyDeleteSemoga ada rezeki kami dapat menjejakkan kaki ke sana pula.
hari-hari lauk / hidangan lain-lain ya?
ReplyDeletethn depan, syarat kesihatan pula diketatkan
tak sihat tak lepas ujian tak layak dapat visa...
Alhamdulillah..
ReplyDeletesudah terpilih menjadi tetamu Allah🤲
Alhamduliilah sudah menunaikan haji. Doakan akak dapat pada tahun hadapan ya. Aamiin. Sekarang dah ketat saringannya. Mudahan Allah jemput Ahkak menjadi tetamuNYa. Aamiin
ReplyDeleteAlhamdulilah....saya tahun 2014 baru buat umrah....
ReplyDeleteSaya membayangkan saat musim haji, para chef di sana menyiapkan banyaaak makanan untuk jemaah dari berbagai dunia. Masyaallah, pasti banyak membuka lapangan kerja juga di saat itu 😍
ReplyDeleteRezeki PH dah pergi awal...ntah bila rezeki SA...
ReplyDelete