Isnin, 21 Disember 2020 Ummi bawa Abang ke sekolahnya, SRAI* untuk pulangkan buku teks. Sekolah buka sehingga 23 Disember saja. Itupun untuk murid t6 sahaja.
Teruja sebab hampir 2 bulan tidak bersua dengan guru-guru dan rakan-rakan sejak PKPB di Lembah Klang Oktober lepas. Sedih pun ada juga sebab hari terakhir ke sekolah rendah :( Lepas ni kalau datang ke sekolah pun sebagai bekas pelajar...
Check point pertama. Kena lepas GB dulu haha... Alhamdulillah takde tunggakan. Dapat refund lagi untuk Program Kecemerlangan UPSR & PSRA dan yuran kelas tambahan UPSR & PSRA yang sempat dijalankan sekitar 3 bulan sahaja.
Sebagai tanda perpisahan dan terima kasih kami juga sediakan cenderahati untuk guru-guru. Tapi, tak ramai guru yang hadir; hanya pentadbir sekolah, guru-guru T6, guru SPBT dan kakitangan sokongan. Jadi, cenderahati yang tak dapat diagihkan kami serahkan kepada kerani sekolah untuk diberikan kepada guru-guru.
Lama juga di sekolah sebab Abang nak lepak, borak-borak kejap dengan kawan-kawan. Pakat main game pulak tu. Ummi pun sama, jumpa geng... Lepas ni tak jumpa dah Cik Ayu, Cik Rena & Cik Mala. Anak masing-masing dah takde bersekolah di situ.
Cenderahati dari guru-guru kelas...
Alhamdulillah selesai satu bab.
Wah dapat hadiah al-Quran.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletetamat sekolah rendah
memang terkesan pelajar2 ni sbb nxt year form1 dha..
ReplyDeleteselalunya ujung tahun T6 akan ada makan2 dgn kwn2 n cg.. ni x dpt say goodbye kt cg scara proper. xpe nnt bebila pergi visit cg2 =)
Seronok abang jumpa kawan kawan. Rezeki cikgu cikgu dapat cenderahati dari murid. Alhamdulillah settle satu bab dah :)
ReplyDelete