Thursday, 6 November 2025

Bukit & Bunga II

Ada sesuatu yang mengganggu fikiran, kita tengok bunga je la sebagai terapi 😌
Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkehendak.  

Part I Bukit & Bunga Ummi ambil awal Oktober. Part II ni awal bulan November. Jom kita jamu mata 🤗

Bunga Balong Ayam 
Sering menghiasi rumah² kampung. 
Dulu rumah Tok Wan pun ada pokok Bunga Balong Ayam ni. 

Bunga Roselle 
Ummi teringin nak cari benih pokok roselle ni, tanam dalam pasu pun boleh kan. Pernah beli dulu tapi tak hidup :( 

Bunga Kangkung
Tak kurang menariknya kan? 

Bunga Ulam Raja 
Menawan! 

Indah! 

Bunga Pokok Bendi 
Bila memandang bunga hati bukan setakat jadi tenang tapi sering membuatkan Ummi terfikir. Dari bentuk bunga yang begini, keluar buah yang bentuknya langsung tak sama dengan bentuk bunga. Tengoklah apa saja bunga yang menghasilkan buah pasti hati jadi terpana dan terpaut dengan kekuasaan Allah SWT. 

Bunga Kacang Buncis
Dari bunga seindah ni, akan keluar kacang buncis. Subhanallah! 

Bunga Petola 
Dekat tangkai bunga tu dah ada bentuk buah petola. 

Buah Peria Katak 
Bagi yang tak kenal, inilah buah Peria Katak. Boleh dimakan mentah atau rebus untuk ulam, digoreng bersama telur, dimasak lemak dsbnya. Banyak khasiat buah Peria Katak ni. 

Jom la turun... Penat dah ambik gambar :p
Otw turun tu sempat lagi kamera buat kerja 👇🏻 

Bunga Terung Ceweng atau Terung Pipit. 
Buah terung ni dulu² kami buat peluru senapang kayu :) 

Hi jelita! 
Tak tahu nama bunganya tapi sangat lawa. 

Bunga Pokok Ati²

Dengan pelbagai bentuk, pelbagai warna, fungsi semuanya menunjukkan berapa besarnya kekuasaan Allah SWT. 







11 comments:

  1. Betul, terapi tengok bunga-bunga ni. Pokok ati-ati saya baru mati. Tak tahu la kenapa. Huhu..

    ReplyDelete
  2. Terung pipit buat peluru hahahahaha teringat dolu2 punya hal

    ReplyDelete
  3. Pernah tanam Roselle, ya boleh saya tanam dalam pasu je. Mula-mula elok hidup, lepas tu mati lepas kena serangan bena putih.

    ReplyDelete
  4. Tenang je tengok post ni PH....Suka tengok bunga-bunga jugak....

    ReplyDelete
  5. Semoga dengan melihat bunga² ini akan kuranglah gangguan yang melanda fikiran tu, PH.

    ReplyDelete
  6. semuanya cantik2 belaka ciptaan Yang Esa

    ReplyDelete
  7. Baru pertama kali tengok bunga kangkung tu.

    ReplyDelete
  8. semua bunga cantik-cntik.. roselle tu kalau zaman budak-budak kitorang gelar ribena haha

    ReplyDelete
  9. Lama tak nampak Balung ayam tu..

    ReplyDelete
  10. Bunga Balong Ayam tu senang hidup rasanya. Dulu kat rumah nenek akak pun ada tumbuh kat tanah tepi tiang rumah.

    ReplyDelete
  11. Betul tu..ari bunga2 tu nanti bertukar jadi sayur- sayuran untuk kita makan kan

    ReplyDelete