Monday, 3 November 2025

Angah ~ Explorace sempena Sambutan Maulidur Rasul

Lama dah kejadiannya, bulan 9 hari tu. Baru up entry sebab baru Angah bagitahu dah dapat result acara Explorace & Istiqomah Sunnah Nabi yang disertainya. 

Konon nak surprise kan dia, sekali kami yang surprise. Kena sidai sebab dia tengah join Explorace ni 😅

Angah team dengan Munsif, kawan SRAI dia dan beberapa orang pelajar puteri. 

Team dia dapat #4. Hadiah RM40. Diorang bahagi 6 orang, dapat RM6/seorang. Baki RM4, sedekah ke tabung surau. Sweet kan 😊 

Lagi satu dia dan kawan² menang juga Drama Spontan. Ummi lupa sempena apa dan apa hadiahnya. 

Angah ni rajin masuk pertandingan² begini jika ada kawan. Dia jenis kawan dengan semua orang, mana² geng dia boleh masuk. Satu lagi, dia suka cari peluang. Kalau ada program yang dia rasa dia boleh sertai, dia sendiri akan pergi cari guru atau murid yang terlibat untuk bagi nama (regi). Jenis berdikari orangnya. 

Lagi satu sebab Ummi peram entry ni sebab sijil belum dapat. Ingat nak simpan di blog sebagai kenangan. Angah kata Ustaz Syaraf (Penyelaras F2) hutang 3 sijil dengan dia. Kena follow up la tu... 

17 comments:

  1. Bagi sama rata. Ada lebih bagi sedekah. Comel je 😄

    ReplyDelete
  2. Tahniah Angah. Rajin dan pandai bergaul.

    ReplyDelete
  3. pengalaman berharga buat Angah .

    ReplyDelete
  4. Tahniah Angah 👏🏽
    Bagus anakanda PH rajin join aktiviti.
    Dapat pulak kawan-kawan yang bagus - hadiah bagi sama rata, siap sedekah lagi 👍🏽

    ReplyDelete
  5. Tahniah Angah.....bagus ni aktif masa kat sekolah....

    ReplyDelete
  6. Sijil pun boleh hutang ek, hahaha. Tahniah, Angah. Berani orangnya. Dia macam tu la, sekali dah join, memang tak lepas peluang bila ada peratnadingan yang lain, sebab dah tahu cara.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah aktif angah.

    ReplyDelete
  8. bagusnya angah! pro active dan gigih! terbaekkk

    ReplyDelete
  9. bagusnya angah. nanti dah masuk U, mesti rajin join aktiviti sana sini!

    ReplyDelete
  10. Tahniah Angah! Kena rajin dan aktif join aktiviti2 sihat macam ni.

    ReplyDelete
  11. Bagus dah amalkan amalan bersedekah di usia muda ni...apapun congrats Angah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah terima kasih semua 🌹

    ReplyDelete