Kakak sakit tekak, sampai hilang suara. Adik pula sejak semalam dah mula bersin dan hidung tersumbat . Ikutkan tak payah la ke sekolah, dengan hujan lebat pulak lagi pagi semalam tu... Tapi ada pemulangan buku teks, Ummi suruh je pergi sekolah. Selesai urusan tu Ummi pergi ambil.
Dari trafic light Dewan Beringin dah stuck. Trafic light hijau tapi tak boleh jalan. Traffic light ni dengan traffic light hala Greenwood tu tak tally, itu yang walaupun sini hijau tapi sana merah tak boleh jalan juga. Sebab hujan juga ni, kereta banyak dan trafik lebih perlahan.
Selesai ambil diorang di sekolah, terus Ummi bawa ke klinik. Klinik yang biasa pergi tu Doc takde. Petang nanti baru ada katanya.
Ada klinik baru buka dekat sini. Panel juga jadi kami ke sini la. Lawa betul, macam lobi hotel.... Berseloroh dengan Mama Nurin, macam kedai emas pun iye haha...
Apapun selesa ye... staff dan Doc pun mesra.
Masa Doc checked suhu, Kakak confirmed demam. Pakej dengan cirit. Adik pula baru nak demam, tekak dah mula merah. Doc bagi MC 2 hari. Alhamdulillah Ummi lega juga sebab Isnin tu hujan lebat. Air naik lagi dekat sekolah. Risaulah nak redah banjir satu hal, nak hadap kesesakan trafik satu hal pula.
Masuk hari kedua ni, both are getting better alhamdulillah.
Semoga cepat sihat. Hujan2 ni memang mudah la demam selsema.
ReplyDeleteTq Cie
DeleteBetul klinik ke tu PH?. Lawa sungguh interior design ni. Rasa macam tengah bercuti.
ReplyDeleteConfirm Ezna haha
DeleteMoga cepat sembuh ya. Bila selsema tu jenuh betul nak tidur malam....
ReplyDeleteAamin tq Ezna 🤲🏻
DeleteIyelah sok sek sok sek
Semoga cepat sembuhnya mereka berdua.
ReplyDeleteSyafahunallah buat kedua2 anak2 sis. Bila beralih musim ramai budak2 yg demam. Tgk kat group Whatsapp kelas anak2 ramai yg MC sbb selsema.
ReplyDeleteMusim hujan ni senang dapat selsema la... Tq sis 🤲🏻
DeleteJap... klinik ke hotel tu?
ReplyDeleteKalau hotel pun best jugak Uncle kan haha
Deletesemoga cepat sembuh. Area sini memang sakit jiwa rasa. Kalau area Sri Gombak tu lagi seram nak pergi kalau dari arah Greenwood/Duke. Musim hujan pula ni. Risau. Kelmarin nampak group Gombak update bas sekolah terbalik. Licin agaknya jalan.
ReplyDeleteKan... Stress la tara nak lepas SG pun 🫣
DeleteOh tak perasan pulak bas terbalik tu.. apa² pun kita DOA semua selamat dan dipermudahkan urusan 🤲🏻
Musim sakit ni risau juga. Cantik kliniknya. Betullah, macam lobi hotel! Semoga cepat sembuh kakak dan adik. Aamiin...
ReplyDeleteLega kalau dah beransur baik.
Alhamdulillah dah sekolah dah hari ni Fiza.
DeleteEstetik kata orang sekarang :)
Musim hujan, musim banjir dan musim sakit...semoga adik kakak sihat keduanya...makan ubat ikut time ok...
ReplyDeleteBab makan ubat ni bila sekolah semula hari ni, larilah timing nya :(
Deletecantik klinik tu..smoga adik & kakak cpt sihat
ReplyDeleteAlhamdulillah today dah back to school
Deletemoga sembuh sepenuhnya dengan kesembuhan yang tiada kesakitan selepasnya..
ReplyDeleteAamin aamin aamin tq Ustaz 🤲🏻
DeleteAamin tq Wak 🤲🏻
ReplyDeletesyafakallahu lakum...
ReplyDeletemoga cpt sembuh dan kembali sihat spt sedia kala
Alhamdulillah.. sudah sembuh keduanya...
ReplyDeleteHujan-hujan ni seperti biasa aliran trafik nya jammed sana-sini. Yang bermotor naik kereta.. tu yang tambah sesak.
Ada kelassss klinik tu.
shafahumallah! memang both kerusi dan lampu tu mcm kat kedai emas STM (prima gombak)
ReplyDeleteKalau masuk ke klinik yg baguuus begini, langsung terbayang pasti mahal 😄😄. Tp sukaaa sebab memang selesa tak macam rumah sakit yg biasa 🤭. Alhamdulillah dah membaik mereka skr ya kak
ReplyDeleteSemoga dah sembuh adik ni ya
ReplyDeleteAlip demam masa 3rd day of UPKK.
ReplyDelete