Thursday, 13 November 2025

Abang - UBBM, UBBI & Hifz Kertas 2 SPM

Alhamdulillah selesai sudah ujian bertutur untuk anak² SPM 2025. Ujian bertutur ni K3 untuk BM & BI. 

1. UBBM 

3/11 bermulalah Ujian Bertutur Bahasa Melayu (UBBM) melibatkan semua calon SPM 2025. Untuk pelajar aliran TMUA, ujian lisan SPM mereka bermula pada bulan Ogos-Sept lagi iaitu bagi subjek Hifz dan Maharat Al Quran. Begitu juga untuk lisan subjek BA dan PAI, juga sudah selesai. 


UBBM ni 70 markah. Ada lisan individu (40 markah) dan ada berkumpulan (30 markah). Nanti campur dengan markah K1 & K2, dapatlah peratusannya. 


Beberapa hari sebelum UBBM Cg BM buat kelas amali untuk UBBM ni. Praktis sesama sendiri. Sehari sebelum ujian, Abang dan kumpulannya; Jijoe, Hasif & Danish A sempat buat mock test depan Cikgu. Abang dapat 24/30 markah sebab isi ada tapi huraian kurang. Itu komen Cg untuk Abang. Kawan² lain dapat 27/30. Jadi, bila jumpa dia, Ummi pesanlah jangan malu² nak hurai, sebab sekali ni je ujiannya. Do your best. 

Giliran Abang 4/11, Sidang 1. 
Alhamdulillah senang katanya.
Untuk individu dapat topik 'Taman Tema'. 
Berkumpulan pula topik 'Usaha Menghargai Jasa Tokoh² Negara'. 

2. UBBI


Abang Sidang 2, hari pertama. 
UBBI ni 2 orang satu group. Abang partner dengan Hasif, ikut no giliran SPM. Bukan pilih ikut suka nak partner dengan siapa. Dapat tajuk "Learn a New Language" dan "Things to Consider for Getting a Job" lebih kurang gitulah kata Abang. Rasa macam tough juga soalannya tu. 

3. Hifz Kertas 2 

Kejadian 25 Sept lepas. 

Tapi, kami dan segelintir ibu bapa lain terlepas pandang exam ni. Tiada reminder dari sekolah mahupun anak bertuah tu. Syukurlah 30 minit saja ujiannya, tak sempat nak nervous 🤭 Apapun alhamdulillah semua kata boleh jawab. Kiranya utk SPM ni, Abang dah selesai 1 paper/subjek ie Hifz. Alhamdulillah. 
Teruskan usaha untuk 11 lagi subjek 💪🏻



18 comments:

  1. InsyaÁllah semoga dipermudahkan urusan menjawab 11 paper lg abg..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selesai satu subjek. Moga Allah permudahkan Abang menghadapi lagi 11 subjek 💪🏼

    Fuh…sebut 11 subjek, kita pulak yang rasa berdebar 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin tq PU 🤲🏻

      Berat mata memandang, berat lagi bahu Abang memikul :)

      Delete
  3. moga dipermudah menjawab soalan untuk paper seterusnya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..lega selesai satu exam. Semoga mendapat keputusan cemerlang nanti. Tak sempat nak nervous ek. Tahu-tahu dah settled. Banyak betul subjeknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah realiti SPM anak² zaman skrg... Kita dulu mudah je kan, takpelah byk peringkat macam skrg.

      Delete
  5. Alhamdulilah selesai PH....bila nak tunggu keputusannya ya allah teruk debarannya PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan sy Ezna 🤗
      Dah la sejenis overthinking, tak tidur malam agaknya nanti hihi... Apapun semoga yang baik² utk semua 🤲🏻

      Delete
  6. More to go... go Abang.. go 💪💪💪

    ReplyDelete
  7. uishh banyak betul ada lagi 11 paper. semoga dipermudahkan urusan abang!

    ReplyDelete