In Sha Allah 25/11 ni bermulalah peperiksaan bertulis untuk SPM 2025. Ambil berkat hari Jumaat penghulu segala hari, diadakan majlis Salam Restu Ilmu untuk Gexxin.
Hari Jumaat tu hujan, bukan setakat di luar rumah basah, di pelupuk mata Ummi pun kemain basah! Tengok video je, meleleh airmata 🤭
Emosi betullah tengok anak² yang kita hantar ke asrama dulu masih berhingus, kini dah besar dan bersedia untuk masuk medan perang, berjuang untuk masa depan mereka. Bak bait DOA Ustaz Suhaimi tempohari, tinggi kami, tinggi lagi mereka (sekarang). Menunjukkan betapa anak² ni dah matang, dah besar nak dibandingkan 4 tahun lepas.
Abang dalam pelukan Ustaz PT, antara guru yang dia rapat wpun UPT tak mengajar F5. Ustaz warden Aspura, ramai yang rapat dengan Ustaz sbb Ustaz pandai ambil hati budak².
Dah selesai sesi Salam Restu Ilmu ni, mereka ada makan².
Sebelum makan tu pakat nyanyi lagu HB ramai² untuk Penyelaras F5, Ustaz Safwan. Kebetulan bday Ustaz jatuh pada hari tersebut. Mesti US pun akan ingat momen ni...
Makin dekat SPM ni, bukan takat makin berdebar. Makin syahdu dan sebak pun ada. Dah nak berpisah dah korang ye 🥹
Semoga anak-anak dapat jawap periksa dengan tenang. Aminn...
ReplyDeleteHarap dapat tempuh peperiksaan bertulis dengan cemerlang.
ReplyDeleteAllahuakbar! Sy pun ikut sebak ni PH. Semoga abang & anak² spm tahun ini dapat menjawab peperiksan menepati skema jawapan dan sentiasa dipermudahkan urusan mereka, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteGood luck SPM ya buat anak tersayang..
ReplyDeleteTak lama sangat ni PH. Moga yang terbaik buat semuanya ya. Insya Allah akan berjumpa lagi di tempat belajar seterusnya.
ReplyDeletetahu2 abang dah nak habis sekolah dah kan. semoga dipermudahkan urusan calon SPM utk menjawab exam
ReplyDeleteanak saya pun spm tahun ni... berdebar rasanya
ReplyDeletesebak terbayang anak sendiri nanti...acik yakin abg boleh buat yang terbaik SPM ni sbb 30 juzuk pun abg blh hafal,insyaAllah straight A+ result SPM abg nnt
ReplyDeleteAiiiih, SPM memang buat berdebar. Tp tuhlah, bermakna juga mereka akan berpisah sebentar lagi, melanjutkan cita2 lain ❤️. Saya doakan juga anak kakak dan teman2nya yg tengah berjuang dalam spm, bisa mudah dalam menjawab soalan, diterangi selalu akal pikiran mereka, supaya
ReplyDeleteAiiiih, SPM memang buat berdebar. Tp tuhlah, bermakna juga mereka akan berpisah sebentar lagi, melanjutkan cita2 lain ❤️. Saya doakan juga anak kakak dan teman2nya yg tengah berjuang dalam spm, bisa mudah dalam menjawab soalan, diterangi selalu akal pikiran mereka, supaya tenang dan yakin dalam menjawab 👍.
ReplyDeleteBaca post ni je pun dah rasa berdebar debar.. Semoga dipermudahkan anak anak SPM dan dapat jawab soalan dengan tenang..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan buat anak-anak dalam usaha mereka.. Semoga diterangkan dan dilapangkan hati mereka sepanjang peperiksaan SPM.. Aamiin.. Aamiin..
ReplyDeleteSemoga anak2 ni semua berjaya dalam SPM.
ReplyDeleteMacam-macam emosi ada sebelum SPM ni. Parents dah tentulah berdebar. Banyak persiapan sebelum SPM. Semoga Allah permudah perjalanan mereka dalam menjawab soalan peperiksaan SPM. Aamiin..
ReplyDeleteSA yang takde kena mengena pun rasa sebak..SA doakan semua anak- anak Gexxin..all the best semua
ReplyDeletesyahdu la plak..moga yg terbaek utk anak2 kita semua
ReplyDeleteNi majlis halalkan ilmu kepada pelajar..aman dan damai
ReplyDeleteMajlis Salam Restu sekolah Kyra kami cuma dpt gambar2 je. Kyra kata ada kawan2 dia dtg minta maaf kat dia sbb dorang pernah bercakap belakang kyra. Dan Kyra pulak jadi sedih sbb katanya dia tak expect org yg rapat dgn dia buat gitu. Tp ammi suruh je dia maafkan kawan dia sbb kawan tu ada keberanian untuk confest dan mintak maaf. That is not easy
ReplyDelete