Balik sekolah kelmarin Kakak tunjukkan Ummi seketul gula² berbentuk buah mangga. Tekstur macam gummy, kenyal². Rasa sebijik macam buah mangga. Gula² ni pemberian Cg Solehah yang baru balik dari bercuti di Perlis. Cikgu² SRAI ke Perlis cuti Deepavali baru² ni. Satu bas pergi. Walaupun hanya sebiji gula² tapi terasa berharga sebab ingatan Cikgu kepada anak² πΉ
Depa ajak Walid pergi pasar malam. Macam² yang dibeli termasuk sate kambing ni. 1 cucuk seringgit je, murah. Tapi tak habis pun makan jadinya esok tu Ummi buat nasi goreng sate kambing ππ»
Betul itu guna semula dalam makanan lain.
ReplyDeleteDari membazir, kita olah jadi menu lain pulak π
DeleteIsh...entah-entah bertembung dengan cecikgu SRAI...Saya pi Perlis hari Isnin Deepavali...banyak juga bertembung bas rombongan
ReplyDeleteDia dah la tu Mak Cella :D
DeleteJadi mak2 ni kena kreatif la kan. Sate tak habis boleh simpan & boleh guna jadi rencah nasi goreng pulak.
ReplyDeleteSayang pulak kalau dibuang Cie... Nak panaskan tak berapa laku dah, liat pun sama. Masuk dlm nasi goreng hiris kecik² makan la pulak π
DeleteSedap gula-gula gummy tu sebab rasa mangganya kuat. Ritu akak beli kat Pasar Payang Terengganu. Rasanya produk Thailand.
ReplyDeleteBetul Kak, rasa mangga tu kuat. Produk Thailand la rasanya kalau gini...
DeleteAlhamdulillah rezeki
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur selalu.
DeleteMurah pula sate RM1 secucuk kan PH.
ReplyDeleteAah Kak Amie... Sate ayam, daging @ kambing semua dijual seringgit 1 cucuk.
DeleteRezeki namanya walaupun hanya seketul gummy. Sama juga dengan akak, kalau sate tak habis, jadi nasi gorenglah esoknya.
ReplyDeleteSayang pulak nak dibuang kan Kak Azi... Bila dimasukkan dlm nasi goreng tu, sedap juga ;)
DeleteWahhh seaweed buat kerepek? Uniknya....
ReplyDeletesaya suka warna nasi goreng sate kambing ni..dan aad sayur2/elemen hijau. nampak sedap sgt!
ReplyDeleteSaya pun kalau ada sisa makanan, esoknya pasti diolah jadi menu lain. Tak suka kalo sampai buang makanan. Macam sediiiiih sangat.
ReplyDeleteEh murah sgt satay singgit je secucuk
ReplyDelete