Monday, 20 October 2025

Al Fatihah ~ Kak Zana (Jiran)


Pagi tadi, kejiranan kami dikejutkan dengan pemergian Cik Zana (CZ), jiran kami yang baru² ni diserang minor stroke. Sekejap sakitnya, ± sebulan saja. Seminggu sebelum beliau sakit, bondanya yang tersayang dijemput pulang ke negeri abadi, di rumah CZ sendiri. Kami sama² menangis berpelukan masa tu. Arwah CZ dan Ummi sama² menjaga mak kami yang uzur, jadi kami berkongsi rasa yang sama. Arwah CZ ada bisik dekat Ummi; macam ko la, Akk pun dah takde mak 😭

Rupanya itulah kali terakhir Ummi jumpa CZ:( 
Masa arwah sakit tak berkesempatan ziarah. Sekadar bertanya khabar dengan Cik Ana yang sempat berziarah. 

Tahlil ringkas oleh jiran² sebaik mendengar berita pemergian CZ. CZ meninggal dalam tidur, disedari oleh suaminya selepas solat Subuh dan disahkan kematiannya oleh pegawai perubatan tidak lama kemudian. 

Mesej terakhir kami, sehari selepas bondanya meninggal. Sebenarnya Ummi rindu nak tengok status WA arwah. Sebelum sakit, arwah rajin 'up status'. Apa yang di-post tu selalu jadi topik bual kami. Arwah jenis terbuka orangnya, ceria dan sangat sayang akan keluarganya. Posting-nya sentiasa berkisar tentang rindunya dia pada arwah ayahnya, tentang menu yang dimasak utk bondanya sebelum keluar bekerja, 
tentang kerja, tentang anak menantu, tentang kawan²... Nampaklah dia sangat sayang dan menghargai orang² di sekelilingnya. 

Semoga keluarganya diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian berat ini. Ummi pernah rasa kehilangan 2 orang ahli keluarga terdekat dalam tempoh berselang 10 bulan, betapa perit dan pedihnya dugaan tu hanya Allah yang tahu. DOA Ummi agar Abg Zack dan anak²nya juga cekal dan tabah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Ummi juga nak ucapkan takziah kpd Ustazah Lela atas pemergian suaminya pada 9/10 dan rakan sekolah Ummi, Lan yang kehilangan ibu tercinta semalam (19/10) juga keluarga besar Hj Jamal yang kehilangan 2 orang ahli keluarga minggu lepas; anak arwah Kak Gayah (sepupu Ummi) dan Abg Sahak Pakcik Li (dua pupu Ummi). 

Didoakan agar arwah mereka semuanya ditempatkan bersama para solihin hendaknya aamin 🤲🏻 







14 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah PH..Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. mati itu pasti...cuma masa berbeza...innalillah wainna ilaihirajiun

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah, semoga semua arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
    guru kelas KAFA dedek pun baru meninggal 19/10 lepas, menangis dedek bila linda beritahu dia.

    ReplyDelete
  4. Rasa baru hari tu, PH cerita tentang kak Zana yang jatuh sakit. Alfatihah kepada mereka yang pergi. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nur. Sakitnya sekejap, dlm sebulan je. Semalam arwah menyusul pemergiaan ibunya.

      Delete
  5. salam takziah..alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnalillahirajiun

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.

    Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.

    Salam Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah

    ReplyDelete
  7. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman

    ReplyDelete
  8. salam takziah... al fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....aamiin

    ReplyDelete
  9. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun… semoga arwah diampunkan dosa2nya, diterima amal ibadahnya, dilapangkan kuburnya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman 🤲🏻

    ReplyDelete
  10. Al Fatihah untuk almarhumah Romalah & Romlah🤲

    ReplyDelete
  11. Allahu... semoga arwah ditempatkan bersama orang² yang beriman.

    ReplyDelete
  12. Ya Allah sedihnyaaa.... Innalilahi wainnailaihi rojiun. Dari cerita kakak, saya yakin kak zana ini orang baik. Semoga beliau dilapangkan kuburnya , dan diterima semua amal kebaikan selama di dunia

    ReplyDelete