Lepas hantar Abang ke Kem Rehlah Minda di Nur Lembah Bestari, kami teruskan perjalanan menghala Ulu Yam/Kuala Kubu Baru (KKB). Ronda² dalam kereta je...
Sedih juga tengok kehijauan hutan di sini diusik untuk bagi laluan kepada pembinaan ECRL. Harga untuk kemajuan dan pembangunan π
Akhirnya sampai di simpang tiga, nampak signboard ke Sg Sendat (kanan), jom la ke situ. Jarak ±5km dari simpang tersebut. Satu lagi simpang ke kiri menghala ke KKB/Genting Highlands.
Jalan berturap cantik, selorong je. Kalau berselisih kereta, kenalah beralah salah satu. Sunyi juga jalan masuk tu. Lalu hutan. Berhampiran Taman Eko Rimba Sg Sendat ni juga ada campsite antaranya Nagara Campsite by Bunian. Tempat ni famous rasanya.
Ada bayaran dikenakan untuk masuk, parkir kereta, sewa dewan dan tapak khemah.
Petugas pintu masuk tanya kami, macamana tahu tempat ni. Katanya ramai orang sebab viral. Ummi tahu lama dah Sg Sendat ni tapi tak pernah sampai.
Subhanallah! Terpukau ye tengok air terjun ni sebab tak sangka cantiknya tempat ni. Terus teringat Lata Bayu di Baling.
Teruja ye sebab tahap kebersihannya tu sangat memuaskan di tempat awam begini . Pernah je pergi sungai tapi banyak daun² kayu yang berkumpul memerangkap sampah menjadikan airnya tak jernih dan berkeladak. Dekat 'kolam air terjun' ni bersih ππ»
Paling awal masuk sungai tak lain tak bukan Adiklah. Unplanned trip jadi mandi je la dengan baju yang ada di badan tu. Baju salin pun takde π
Masa diorang baby memang sentiasa ada baju spare dalam kereta takut muntah/kotor tapi dah besar² ni takdelah simpan baju spare dalam kereta dah. Tapi ada la kain batik dan face towel Ummi dalam beg solat. Pandai² la nak survive kan :D
Seronok sungguh depa sebab tak dapat mandi di kem Abang tu. Di sini rupanya lagi cantik tempatnya, ada air terjun. Siap dapat tadah kepala bawah air terjun tu. Satu kepuasanlah bila mandi air terjun duduk bawah limpahan air yang deras tu.
Ada kemudahan surau dan bilik air. Tahap kebersihannya tu tak pastilah. Masing² kenalah main peranan untuk jaga tempat ni sebab bagi Ummi air terjun ni cantik dan airnya taklah dalam sangat (tempat anak³ mandi hari tu) kira selamatlah, sesuai untuk beriadah seisi keluarga. Tapi dimana pun kita berada, kena sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Awasi anak² sentiasa sebab air terjun ni pernah ditutup kerana terdapat kejadian pengunjung lemas.

Bestnyer dapat berkubang dalam air yang jernih tu
ReplyDeleteIkutkan hati, nak terjun juga Wak :D
Deleteerrr tak tahu pun kewujudan tempat ni...tahu ulu yam jer tapi tak pernah dgr nama sungai sendat
ReplyDeleteKitorg pun baru 1st time sampai. Tak jauh pun dgn area kita MZ. Hala ke KKB, nanti sampai simpang 3 tgk signboard Sg Sendat.
DeleteWah, tak plan pun jadi tu adik terjunnnnn!
ReplyDeleteAlang² dah sampai, wajib la terjun hihi
DeleteDekat Ulu Yam kan..macam pernah pergi la PH...kena check balik entry lama2 ni...tapi lama dulu la..2010 ke 2011 ke mcm tu
ReplyDeleteBetul SA.. lama dah tu, kena revisit π
Deletebestnya..ada campsite. nampaknya satu lagi masuk dalam list ..insyaAllah hadir nanti
ReplyDeleteSila Ustaz ππ»
DeleteBest nay mandi air terjun. Ada yang dekat ni tak pulak sempat pergi.
ReplyDeleteSeronok juga sekali sekala mandi air terjun hehe
DeleteCantik, tempatnya. Best kalau dapat berendam.
ReplyDeleteSaya pun tak ingat nama tempat saya pernah pergi dulu, tapi dekat Ulu Yam juga.
Area ulu yam ni banyak port mandi Nur. Ada hutan simpan dan sungai. Kami je jarang berkunjung huhu
DeleteCantik tempatnya PH. Air dia nampak jernih.
ReplyDeleteYe Ezna, air jernih dan bersih
DeleteBestnya dapat mandi sungai, dengan airnya sejuk.. memang berendam takmo keluar rasanya...
ReplyDeleteBetul sangat
DeleteUncle dah lama tak mandi sungai.... asik ke laut je... habis naik hitam
ReplyDeleteLaut pun best Uncle ππ»
DeleteSedapnya sejuk je air sungai.
ReplyDeleteSejuk ya amat hehe
DeleteSeronoknya dapat mandi air terjun..tapi tulah, sejukk
ReplyDeleteCantiknya.. Tak pernah tahu pun Sg. Sendat ini.. Tq berkongsi..
ReplyDeleteLamanya tak mandi dekat air terjun Ulu Yam tu sejak kami pindah dari Seri Gombak π₯Ί
ReplyDeletepernah lalu, tapi tak pernah mandi sini lagi. bersih airnya!
ReplyDeleteDah lama saya tak mandi sungai...teringin pulak tengok depa mandi sungaiπ€Dulu anak-anak kecik kita bawa depa mandi sungai..La ni dok tunggu anak pula bawa kita mandi sungaiπ€£
ReplyDeleteAkak walaupun 6 tahun dok Kedah masa study tak pernah pun pergi Lata Bayu, Lata Bukit Hijau. Biasa dengar tempat tu tapi takde kesempatan nak pergi.
ReplyDeleteSeronoklah adik dapat mandi-mandi.
Saya pun sukaaaa kalau ke tempat wisata air terjun kak. Sebab biasanya sejuuuuk Krn rata2 lokasi tinggi kan. Apalagi jika airnya jernih.
ReplyDeleteTapi memang harus hati2, terutama saat musim hujan.
Kadang debit airnya bisa deras sangat.