Wednesday, 29 October 2025

Kerabu Pucuk Paku & Kerang

Lately suka pulak makan kerabu/urap. 
Faktor usia ke? 
Ahahaha... 

Semalam pergi market jumpa kerang besar dan segar nampaknya. Ambillah ±½ kg untuk buat kerabu. Dah ada kerang, cari pula pucuk paku. Alhamdulillah jumpa walaupun tak berapa cantik pucuknya. RM3.50 seikat. 

Balik rumah, kelentung kelentang siaplah Kerabu Pucuk Paku + Kerang. 

Caranya;
1. Bersihkan dan rebus kerang hingga masak. Kopek kulit dan ketepikan. 
2. Siang pucuk paku, panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan garam dan pucuk paku. Biarkan sekejap kemudian toskan dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk (air peti ais) supaya pucuk paku kekal rangup. Kemudian toskan airnya. Ketepikan. 
3. Rincik serai, lengkuas, bawang merah, cili padi dan sedikit belacan dan tumbuk hingga lumat. 
4. Dalam bekas lain, satukan bahan tumbuh, santan pekat dan kerisek. Gaul sebati bahan² ni dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa kemudian masukkan isi kerang rebus dan pucuk paku. Gaul rata, perah limau kasturi dan sesuaikan rasa. Siap! 

Kerang gemoks sedap 😋

Kalau ditanya Ummi apa beza kerabu dengan urap ianya terletak pada bahan dan tekstur. Kerabu versi Ummi yang diwarisi resepinya dari arwah Tok ada serai, lengkuas, santan dan kerisek dan basah² (berkuah/ada kuah) sikit teksturnya. Kalau urap kering (tak berkuah) teksturnya dan tak guna santan. Lain orang mungkin lain definisinyalah. Raikan saja. Yang penting sama ada urap atau kerabu dua² pun sedap dan menyihatkan. 




15 comments:

  1. Terliurnya kerabu kerang pucuk paku..Dan dan terbayang kenduri area Sik & Baling...kerabu depa sentiasa the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang bangga la depa sebut kampung kami ahahaha... Tapi sungguh, kerabu depa sedap² lagi² kenduri belah kampung². Padu kerabu depa 😋

      Delete
  2. Aduhai PH... susah nak jumpa kerang di LD. Rindu nak ratah kerang balik kampung nanti hihihiii.

    ReplyDelete
  3. Alaaa PH sedapnya. Favorite sangat ni.

    ReplyDelete
  4. suka pucuk paku hijau.. dulu2 zaman bbebudak selalu ikut mak pi kutip kat hujung kampung.. kadang tu jika banyak sangat mak ikat dan saya pi jaja.. seronok.. al-fatihah mak

    ReplyDelete
  5. Sekarang beli pucuk paku..semua dah keras²...hahaha..kena tunggu balik kampung gak, baru dpt yang fresh

    ReplyDelete
  6. kalo menu ni kita kutip kerang je...pucuk paku tk mkn...hehe

    ReplyDelete
  7. saya haritu teringin sangat nak makan.buat sendiri pertama kali dalam hidup..umur dah ptengahan 40an baru yakin nak buat sendiri kerabu,betul la PH faktor umur agaknya

    ReplyDelete
  8. Aduhhh...fav SA ni...tapi tu la susah nak jumpa pucuk paku..kena pi psar tani...kerabu PH x letak tauge or bunga kantan erk? ke untuk kerabu pucuk paku kerang ni x perlu?

    ReplyDelete
  9. Pucuk paku ni susah juga nak mencarinya. Kadang ikat je besar tapi kualiti pucuk pakunya banyak yang dah tua....tapi....saya suka pucuk paku dan kerang, Kerang pun susah dapat yang fresh. Kalau dapat tu memang rezeki la PH.

    ReplyDelete
  10. Ratah macam tu je pun sedap ni kan.

    ReplyDelete
  11. Tak kisah lah kerabu ke urap ke yang penting sodap. hehehehe PH masak mesti sodap tu hingga menjilat jari

    ReplyDelete
  12. Orang Jawa sebut keluban 😁

    ReplyDelete