Alhamdulillah kami dijemput ke majlis kenduri kesyukuran di rumah seorang rakan di Rawang semalam. Suami isteri rakan U Ummi dan Walid.
Lupa nak bertanya, kenduri kesyukuran ni untuk apa sebab seronok sangat dapat bertemu setelah sekian lama tak bersua. Mengikut telahan kami, mungkin kesyukuran atas kurniaan rezeki dari-Nya yang melimpah untuk mereka sekeluarga. Alhamdulillah sebagai kawan, kami tumpang gembira dan bangga dengan Won, yang dianugerahkan gelaran Datuk Wira, beberapa bulan lepas. Tahniah Datuk Wira Won dan Datin Wira Zam!
Majlis ni juga diadakan di rumah baru mereka, yang mula diduduki pada bulan puasa lepas. Kunjungan kami beberapa tahun lepas bukan di rumah banglo ni, tapi di rumah lain.
Selain tu, Ummi dapat tahu melalui sembang² di group WA, anak Datuk dan Datin juga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, regi baru² ni. Alhamdulillah. Jadi, kami simpulkan mungkin inilah antara tujuan kenduri kesyukuran ini diadakan. Apapun kami doakan yang baik² dan terbaik untuk mereka sekeluarga ❤️
Menu utama nasi lemak dan ayam goreng. Sedap semuanya, dari sambal hingga ke ayam gorengnya. Pagi tadi Ummi pun masak nasi juga untuk sarapan; nasi tumis pandan, ±nasi lemak versi tanpa santan.
Laksa dan Mee Bandung. Sedap dua² ... Makan kongsi² dengan Walid.
Kek marble memang kesukaan Ummi...wajib ambik... Ada jugak wajik durian dan kuih cara berlauk. Atas tu puding laici. Mewah dan meriah ye makanan² yang dihidangkan.
Tetamu makin ramai, makanya jom la minta diri dulu. Sempatlah berfoto dulu dengan tuan rumah dan kawan² U yang turut hadir.
Alhamdulillah terima kasih banyak Datuk dan Datin atas jemputan. Kenyang perut suka hati. Makanan semuanya sedap, tuan rumah pula sangat baik dan dapat juga bersua muka dengan kawan² lama alhamdulillah nikmat dan rezeki dari-Nya.
Alhamdulillah..semoga makin murah rezeki nya..
ReplyDeleteAamiin 🤲🏻
DeleteSedapnya mi bandung lama tak makan.
ReplyDeleteAkk pun lama tak makan. Ini yang jumpa, ambillah semangkuk.
DeleteAlhamdulillah. Rezeki dikongsi bersama. Tumpang gembira tengok kejayaan kawan-kawan lama ya, PH.
ReplyDeleteBetul Nur. Seronok tengok masing² berjaya dan berada pada tahap yg selesa alhamdulillah.
Deletesedap2 belaka mknn tu! terliur mee bandung
ReplyDeleteMakanan semua menarik, nak rasa semua kalau boleh :)
DeleteSoda herbs tu saya pun suka airnya....masam, manis.....sedap kan PH.
ReplyDeleteAah Ezna... Ada masam² sikit tu sedap tu
DeleteAlhamdulillah, berkongsi rezeki dengan ramai sahabat handai dan saudara mara, Datuk Wira dan Datin Wira.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dikongsi bersama, mudah-mudahan bertambah berkatnya.
DeleteSeronoknya makan kenduri...26hb nanti anak buah SA nikah jugak...kena la pi..sebab SA ni dah kira gantikan arwah mak...
ReplyDeleteSeronok tu kenduri keluarga. Semoga dipermudahkan urusan ye SA
Deletealhamdulillah... bestnya gi kenduri. nampak meriah
ReplyDeleteAlhamdulillah memang meriah
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah buat tuan rumah. Seronok sama2 meraikan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tak lupa member² hehe
DeleteAlhamdulillah semoga bertambah rezeki tuan rumah jemput kawan2 makan kenduri kesyukuran
ReplyDeleteAamiin begitulah harapnya sis...
DeleteBertambah² rezeki tuan rumah.
ReplyDeleteAamiin 🤲🏻
DeleteIkut senang jika ada teman yang sukses begini ☺️. Meriah acara syukurannya ya kak sate tuh memang nampak mantaaap, potongan daging besar, juicy, masih panas pula
ReplyDeleteWajik pulak kesukaan ammi dari kecik. Kebetulan masa tunang pihak lelaki pun bagi wajik as hantaran and arwah mama kata “sesuai sgtttt dia ni kawin org Melake” haha
ReplyDelete