Wednesday, 29 October 2025

Happy 12th Birthday Kakak 🎈

Alhamdulillah genap 12 tahun sudah usia puteri kesayangan Ummi Walid. 

Beli kek di Aeon Sabtu lepas, kemudian Ahad tu bawa pergi makan dengan Abang. Sambut awallah sikit sebab nak bagi semua ada. 

Kebetulan Acik Dana ada juga di kantin, hulur sepotong kek dekat depa. Tup² AD bagi Kakak hadiah birthday. Alahai....

Suka sangatlah Kakak dapat perfume. Sekarang ni fasa nak melawa, nak wangi²... 
AD selit duit sekali dalam kotak perfume tu. Katanya memang sentiasa standby hadiah gini dalam kereta untuk murid²-nya. 
Best-nya jadi murid AD :) 

Ummi belikan backpack ni dekat F.O.S. Ini pun bawa dia sekali untuk pilih sendiri mana yang berkenan. Keychain CryBaby tu hadiah dari bff Aufa. 

Bestie Medina bagi sling bag. Cik Tah bagi telekung cantik. 

Ummi Walid pun dapat hadiah dari Cik Tah, tumpang rezeki Kakak ☺️

Mama Nurin bagi duit RM12, sempena ulangtahun ke-12 😍

Hadiah dari Adik...
Ada tanda harga la pulak ahaha... 

Angah sempoi, dia bagi jacket hoodie dia yang dah tak muat kat Kakak. Setel hadiah dari dia :D 

Alhamdulillah ramai yang sayang Kakak. Semoga yang baik² utk Kakak selalu, dalam rahmat dan lindungan-Nya serta sentiasa menjadi penyejuk mata keluarga. Luv you Kakak, always and forever 💞



15 comments:

  1. sanah helwah utk kakak. moga jd anak solehah.aamiin

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir kakak..moga yang baik2 semuanya untuk kakak..tahun depan kakak masuk asrama juga ke?tinggal adik sorang la kat umah ye

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Kakak 💐
    Moga sentiasa dalam rahmat Allah.

    Senang suruh pilih sendiri hadiah, kalau buat surprise kot tak berkenan.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir ya, semoga sihat dan gembira selalu

    ReplyDelete
  5. Happpy birthday kakak. Semuga menjadi anak yang solehah dan berjaya satu hari nanti. Aamiin

    ReplyDelete
  6. Sanah helwah kakak, wah dah ada IC lah kan dah 12 tahun.. semoga terus cemerlang dunia dan akhirat buat puteri solehah. aamiin

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir kakak, semoga menjadi anak yang solehah dan m,embanggakan umi dan walid ye...aunty doakan kakak sentiasa diterangkan hati oleh allah swt untuk terus berjaya dalam pelajaran dan mengejar cita-cita

    ReplyDelete
  8. hepi besday kakak, sama bday dgn anak wak yg itu.. hehe

    ReplyDelete
  9. Moga jadi anak yang solehah penyejuk mata ummi dan ayah ya....

    ReplyDelete
  10. selamat hari lahir kakak.. moga sentiasa diberkati usia kehidupan

    ReplyDelete
  11. Sanah Helwah kakak! 🥳🎂🎈 Semoga menjadi anak yang solehah, berjaya dunia & akhirat dan membanggakan ummi & walid 🤲🏻

    ReplyDelete
  12. Orang baik ramai sayang. Hadiah RM12 tu, kakak nak beli apa la agaknya. Sanah helwah ya kakak. Semoga panjang usia dan sihat selalu, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Jadi Kakak...meriah hadiah dia...

    ReplyDelete
  14. Happiest birthday kakak yang manis.
    Semoga sihat selalu.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah terima kasih semua 🌹
    Aamin³ utk doanya 🤲🏻
    Semoga segala kebaikan berbalik kpd semua juga.

    ReplyDelete