Tuesday 23 January 2024

Resepi ~ Tumis Terung Bulat Hijau

Beli sepeket Terung Bulat Hijau ni cadangnya nak rebus buat ulam. Tapi, banyak sangat jadi elok dijadikan menu sayur untuk dinner. 

Takde idea nak masak apa, jadi Ummi Google-ed dan jumpa resepi Tumis Terung Hijau olahan blogger Indonesia; Dapur Kobe. Makasih ya ðŸŒ·

Resepi: Tumis Terung Hijau Bulat 
Sumber: Dapur Kobe

Bahan-Bahan:
Terung Bulat Hijau - potong 4, rendam dalam air garam supaya terung tidak kehitaman
Cili hijau - potong 2cm, belah Dua
Tomato - potong 4 
3 ulas bawang putih - dicincang
Sos tiram 
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam, gula, perasa 

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang hingga naik bau
2. Masukkan terung dan cili hijau, gaul sebati hingga sedikit layu
3. Masukkan tomato, sos tiram dan air. Kacau sebati. 
4. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa sekiranya perlu. Tutup api. Siap! 

Dah siap masak, baru teringat dulu Ummi pernah masak Terung Telunjuk Goreng Berlada. Terung Bulat ni pun boleh je masak berlada kan... Takpe, kita cuba resepi baru, adalah kepelbagaiannya dalam memasak. Gitewww...

Selamat mencuba 🤗

20 comments:

  1. Waktu kami kecil dulu, teringat Bonda suruh petik terung hijau bulat yang ditanam di belakang dapur. Bonda suka buat sambal terung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best!
      Dulu² semuanya petik belakang rumah je Kak Amie kan...

      Delete
  2. tak pernah nak terbeli terung cam ni. selalunya yg purple tu la kan. nnt boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je rasa dia MY, cuma yg ini banyak biji compared to terung bulat purple tu ...

      Delete
  3. Dah jarang2 jumpa terung hijau bulat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini banyak Wak, selalu ada di pasaraya atau pasar biasa...

      Delete
  4. susah nak jumpa terung bulat hijau nie...baca tajuk,linda terbayang terung pipit pulak...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini selalu akk jumpa Linda... Cuma jarang beli sbb x ramai peminat dekat rumah hihi ...

      Delete
  5. sedap buat ulam terung ni..saya selalu juga beli makan mentah cicah sambal belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy x reti makan mentah, tapi arwah Mak suka buat ulam mentah. Kalau rebus, sy suka :D

      Delete
  6. nampak sedap.sejujurnya LM belajar makan terung panjang sejak kahwin. yg hijau dan bulat purple tak pernah makan,rasa dia mirip ke?

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. busyra pernah beli terung ni buat ulam.. rasa lemak-lemak gitu

    ReplyDelete
  8. Rajin pelbagaikan lauk, belajar cara baru. Hehe ada tukang makan mesti semangat.
    Kalau saya masak air sahaja.

    ReplyDelete
  9. tak reti pulak nak makan terung...

    ReplyDelete
  10. Kalau kat rumah ammi terung mmg masak balado + belacan jelah. Anak2 tak makan sgt jdi kita pedaskan je ikut selera abahammi. Terung hijau ni tak pernah lagi beli.

    ReplyDelete
  11. Suka makan terung bulat ni sedap je kalau masak apa pun :D

    ReplyDelete
  12. Terung ni tak pernah cuba masak lagi. Selalu terung purple tu. Boleh la cuba masak terung yang ni pulak.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah sedaaap. Saya suka terong bulat hijau. Biasanya kalo tak untuk gulai, pasti jadi lalapan atau sayur dimakan mentah dengan sambal belacan , 🤭. Sedaaaap lah. Kapan2 saya nak coba ditumis macam ni

    ReplyDelete
  14. Suka...

    terung ni manis dan lunak

    ReplyDelete