Monday 1 January 2024

D'Dusun Raudhah Chalet, Baling, Kedah


Di sinilah kami menginap sewaktu menghadiri Reunion KHJ Sabtu minggu lepas. 

Bilik Ummi & gegirls. 

Towel disediakan, beserta welcoming gift...

Gula-gula 🤩

Bilik air dan tandas. Air laju dan sejuk, teringat mandi dekat rumah Tok :D 

Setiap unit ada pendingin hawa, TV, tuala, sejadah dan beberapa kelengkapan lain. Walaubagaimanapun, 1 unit chalet ni tak dapatlah nak menampung ahli keluarga kami seramai 6 orang, jadi Ummi tempah 2 bilik. Harga untuk sebilik RM120/semalam. Nego dengan owner, dapat diskaun RM20 alhamdulillah. Terima kasih daun keladi Pn Zurina 🌹

Ummi request nak bilik sebelah menyebelah. 

Bilik depa cadar warna pink hehe ... 

Di D'Dusun Raudhah Chalet ni ada 4 unit chalet sebegini dan 1 unit chalet double yang boleh muat 4-6 orang. Tapi, bilik airnya di luar bilik. 

Chalet double dan bilik airnya bersebelahan. Sebelah tu unit baru sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sebelum raya. 

Tidur dalam iman haha...
Kawasan kampungkan, sejuk. Ditambah dengan hujan malam tu, bukak aircond pula, memang nikmatlah tidur... 

Selain baru dibuka, tempat ni dalam kawasan dusun, bersebelahan jalan utama. Lokasinya tak jauh dari Lata Bayu, tempat pelancongan terkenal di Kedah. Jadi memang ianya jadi tumpuan. Selain faktor lokasi, chalet ni ada kolam renang! One of its kind in this kampung, semestinya ia jadi pilihan. 


Sesuai sangat kalau nak berkumpul bersama ahli keluarga. Kawasan ni luas dan berpagar. Ada rezeki boleh ajak Geng Jitra gathering di sini. Dengan pekan Baling pun tak jauh, dalam 15 minit pemanduan.  Sebelum sampai di pekan Baling, jumpa dulu Batu 42. Kalau setakat nak makan², di Batu 42 pun meriah dengan pelbagai kedai makan. Sambil makan tu bolehlah mendobi pakaian, ada 2-3 laundry mart kat Batu 42 ni. 

Shared kitchen. 
Ada dapur, peti ais dan perkakas dapur yang disediakan. 

Puashati sangat bermalam di sini. Owner sangat mudah bekerjasama, fasiliti baru, dan pekerja yang jaga tempat ni pun ramah. Patutlah bila Ummi texted semula untuk booking raya nanti, dah fully booked semua unit yang ada! 

Semoga terus sukses bisnesnya.
Ada rezeki kami menginap lagi di sini, Insha Allah.  

D'Dusun Raudhah Chalet 
01, Kediaman Lot 7864
Kg Charuk Kelian
09100 Baling
Kedah Darul Aman 
No Tel: 013 471 8141 (Pn Zurina) 

7 comments:

  1. Selamat Tahun Baru PH 🎉 nampak selesa dan menarik je chalet tu. Mesti seronok dan meriah berkumpul ramai2 kat sini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru sis 🌷
      Selesa sebab ianya baru, luas dan tenang dlm dusun hehe...

      Delete
  2. Tu ada unit baru tengah build tu PH..booking sesiap untuk rayam..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula tu dah pre-book MC, tapi dapat tmpt lain ambik hat tu la :)

      Delete
  3. Luas kawasan chalet ini meman sesuai untuk aktiviti reunion

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sesuai sangat esp kalau kita book the whole chalet, puashati la nak ber-gather² :D

      Delete
  4. Selamat tahun baru sis..
    Menarik dan cantik chaletnya..

    ReplyDelete