Wednesday 24 January 2024

Danok, Thailand

Walid ada tugasan di sempadan negara; Bukit Kayu Hitam. Dua minggu di sana jadi masa weekend tu sempatlah masuk Siam (orang Kedah biasanya sebut Siam, bukan Thailand). 

Memang betul² dekat border-lah kan...
Kalau tak silap dalam 45 minit dari sini ke Danok @ Dannok. 

Bagi warga Kedah, tak perlu guna passport, sekadar guna border pass untuk masuk ke sempadan negara jiran. Depa trace melalui IC. 

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Bukan orang Kedah saja, orang Perlis, Kelantan dan penduduk Daerah Hulu Perak juga boleh guna BP. Kalau orang Baling biasanya depa masuk Siam melalui Pengkalan Hulu (Kroh) ke sempadan sebelah Siam iaitu pekan Betong. Dulu masa sekolah rendah Paklong suka bawa Ummi dengan anak² dia ke Kroh, ada kompleks duty free kat situ. Manakala di sebelah Utara Kedah, depa ikut Bukit Kayu Hitam dan sempadan belah sana ialah pekan Danok. 

BP ni setakat border saja. Tak bolehlah nak ke Bangkok ka Chiang Mai ke guna BP je. Itu tentulah kena guna passport. 

Keadaan di ICQS BKH. Banyak lori kontena, pemandangan biasa di sini. 

Pekan Danok...
Tenang je nampaknya... 

Barangan jualan... Kebanyakannya kekacang, keropok, kerepek², asam...
Beras, beras pulut pelbagai gred ...

Telur pink 💓

Hasil tangkapan Walid...

Ummi kirim beras wangi, beras Siam dan pulut. Boleh bawa masuk Malaysia 5 kg je. Lebih kena tax kot. Pembungkus beras warna pink, comel! 

Cashew nuts ni pun Ummi request gak... Sedap, tak masin. 

Lain² jajan... Yang kerepek ada bendi tu katanya rasa memang bendi. Belum buka lagi, tunggu Abang balik. Dia lebih adventure bab makan ni, jadi bagi dia rasa dulu. Kalau okay Ummi onz haha ... M&M's tu hmmmm...lupalah tu boikot 😬

7E kat sana semua sedia maklum kot, macam-macam ada. Wajib singgah katanya. 

Antara yang popular CP Burger. Katanya boleh tahan beberapa hari. Nak makan tu panaskan je... Walid tak beli, tak tahulah apa rasanya 😅

Rezeki berganda...
Rupanya Uncle Husin pun pergi Siam juga. Depa naik ETS ke sana Hatyai. Orang pencen ni, berjalan aje lah ye :D 

Ummi ni bilalah nak ada rezeki ke Siam ye? Asal balik kampung ada² je aktiviti...  Jangan kata nak ke Siam, ke Padang Besar pun dah dekat 20 tahun tak pergi! Last pergi tahun 2006, lepas majlis kahwin Paksu. Lama bethol 🙃


19 comments:

  1. Borong beras ya.
    Bendi itu buat jeruk ke? Pertama kali nampak sebegitu rupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takat 5 kilo je NA hihi...
      Jeruk atau awet tak pastilah...

      Delete
  2. Biras ammi org Pengkalan Hulu, kalau dia balik kg mmg dia menyeberang sempadan jelah cari barang dapo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah betul, ramai yg dok sempadan buat gitu... Sana banyak choice & lebih murah harga barang²nya

      Delete
  3. kalau kat sini ada pasar serikin... border jugak border indon tp x perlu passport la... itu pun sy dh lama x pergi... hahaha

    ReplyDelete
  4. Last masuk Danok sebelum ada anak.. now dah 4 org anak ..lama betul.. kena repeat lagi ni huhuu :D

    ReplyDelete
  5. Telur pink?? Telur apa tu?
    Semalam nampak entry ni kat blog list tapi bila klik tak ada, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la SK...tp x berani la nak try huhu ...
      Aah, revert go to draft semula sbb clash dgn entry satu lagi hihi

      Delete
  6. Lepas kahwin orang Kedah, kita merasa la masuk Danok tak guna passport walaupun orang Johor. Tapi tak boleh jauh la, kat border aje, abang ipar bawa. Kalau masuk sendiri mmg tak berani laaa.

    ReplyDelete
  7. Rasanya macam pernah pergi ke area berdekatan Danok ni. Masa tu ada outstation dengan kawan masa kerja LKIM. Masuk sini yang kelakarnya kawan ajak naik sampan ke seberang. Nasib baik tak ke seberang sebab sebelah tu Thailand. Datang tak bawa passport pun. Tak nampak pula signboard (masa tu zaman 2003-2005).

    ReplyDelete
  8. Bendi kering tu rasa bendi, bila makan kat hujung tekak memang akan rasa lendir dia. Nangka dan keledek tu pun memang rasa dia lah.. manis-manis.
    Kalau waled pergi lagi, kirimlah burger CP tu, terutama yang seafood shrimp, memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg suami cakap & I was so curious haha... Di awetkan ke Kak? Manalah tahu sbb katanya rasa sama dgn bendi asli

      Delete
  9. dpt carik beras wangi ni mmg bagus. sure a bit murah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyalah MY...Sebab Thailand pengeluar beraskan, maybe murah sikitlah...

      Delete
  10. pernah juga masuk guna border pass ke danok...kebetulan masa tu outstation kedah....adik kita blk umh mertua kedah pun slalu juga pi thailand...syok btul dia....telur pink tu rare

    ReplyDelete
  11. Aiiih telur pink? Penasaran nak coba rasanya 😄. Baru tahu saya kalo utk beberapa state bisa masuk pakai BP saja ke Border. Tapi memang lah hanya sebatas itu ya.

    Saya pernah baca juga ada anak Indonesia yg tinggal di perbatasan kalimantan dan Malaysia, sekolahnya di Malaysia. Jadi dia tiap pagi menyebrang Border selalu. Tapi memang tak pakai pasport. Melainkan kartu pass khusus.

    ReplyDelete
  12. SA suka beras siam sana..kalau ada kengkawan pi SA akan kirim..baru ni Acu pi..SA kirim gak...masak campur beras basmati...sedap..awbab tu nasi goreng SA buat cantik berderai

    ReplyDelete
  13. Beras dan pulut depa sedap lain dari beras kita kan...apa la rahsia depa kan

    ReplyDelete