Tuesday 27 June 2023

Cuti KAMIL & Puasa 7 Zulhijjah

Minggu lepas Isnin cuti, sempena 1 Zulhijjah. Minggu ni pun Isnin cuti, cuti peristiwa sebab SRAI jadi tuan rumah KAMIL Zon. 

Ironinya, bila sekolah depa jadi tuan rumah, depa pula tak jadi peserta 😁 Kakak tarik diri dan Angah pula pergi Mukhayyam Perdana PRS yang tarikhnya back to back dengan KAMIL Zon ni. Ralatlah juga tapi bukan rezeki anakanda berdua. The best is yet to come Insha Allah. 

KAMIL kali ni juga menyaksikan sekolah depa jadi Johan Keseluruhan alhamdulillah. Terbaik semua 👍

Memandangkan sekolah cuti, Ummi ajaklah anak³ puasa sunat Zulhijjah sekali. Adik puasa juga, hingga tengahari. Ialah tak sahur tak apa, memang tak laratlah. 

Masak special la sikit untuk raikan depa berbuka... 

Sotong Goreng Berlada. Berkuah sebab air sotong tu...

Walid belikan sate untuk raikan depa berpuasa...

Sambal Bilis + Udang Geragau kiriman Tok Umi. Angah dapat sambal kering gini, dia gaul dengan nasi je. Ambil ayam goreng seketul, sotong dia tak pandang dah. 

Buka pagar nak buang sampah, eh ada orang bagi bunga janganlah. Alhamdulillah rezeki di malam hari. 

Hari ni sekolah, esok start cuti Raya Haji dah. Insha Allah pakat nak puasa sunat Hari Arafah pula. Insha Allah... 





3 comments:

  1. Oh, sekolah ke hari ni?
    InsyaAllah, ada rezeki mereka nanti di masa yg lain pula.

    ReplyDelete
  2. lapar plak tgk menu sotong tu

    ReplyDelete
  3. Sotong goreng berlada nampak yummy!
    Selamat berpuasa dan selamat hari raya Aidil Adha buat PH serta keluarga

    ReplyDelete