Entry panaskan enjin kata orang, selepas 2-3 hari berehat. Jom kita makan jambu Tapah ni haha...
Jambu Tapah ni merujuk kepada jambu tanpa biji yang biasanya dijual di Hentian Tapah, di Lebuhraya PLUS. Jadi, bila melalui Lebuhraya PLUS ni sekitar tahun 90-an Paklong biasanya akan singgah di R&R Tapah ni untuk beli buah tangan untuk kami di kampung. Abg Aqim dan Abg Anas dijaga oleh arwah Tok Wan dan Tok jadi Ummi pun tumpang sekakilah dapat buah tangan dari Paklong. Arwah Tok Wan pun bila Paklong nak ke ibu kota, memang minta singgah beli jambu ni je. Jambu ni memang special; crunchy, manis dan seedless. Malah, bentuknya juga unik, akan² buah gelugor atau buah labu.
Dulu, tak banyak R&R seperti sekarang. Jadi, kira jambu batu ni produk istimewa dari Tapah. Sekarang hampir semua R&R atau lay-by terutama di Negeri Perak ada jual jambu tanpa biji ni. Malah di R&R Bukit Gantang tu macam-macam buah ada.
Arwah Tok pun kalau balik kampung dengan Paklong atau ke rumah Pakcik, bila balik semula ke rumah kami mesti bawa jambu Tapah ni. Memang banyak kenanganlah kami dengan jambu ni.
Kiriman raya dari Tok Umi untuk anak cucu yang akan beraya di perantauan :) Semalam pos, hari ni sampai. Laju betul Poslaju buat penghantaran 👍
Selamat mengejar kemuliaan 10 Hari Terawal Zulhijjah yang masih berbaki 2 hari.
# Dekat² raya ni rasa syahdu semacam, teringat kaum keluarga terutamanya mak ayah yang dah berangkat ke negeri abadi ☺️
dapat pula kiriman dari kampung bertambah syahdu kan PH....
ReplyDeleteItulah, makin syahdu rasanya.
DeleteKalau lalu sana, wajib singgah beli
ReplyDeleteBetul 👍
DeleteRindu nak makan jambu Tapah ni. Manis dan paling best takde biji.
ReplyDeleteSedapkan...
DeleteSA kalau dari utara balik ke Selatan memang akan berhenti kat RNR Tapah ni beli jambu...
ReplyDeleteRugi kalau tak singgah beli kan, nanti teringat² hehe
DeleteDulu time study kat UUM, kalau balik kg naik bas, mesti singgah rnr bukit gantang. Syokk kat rnr tu banyak buah. Nak potong or tak potong semua ada.
ReplyDeleteMemang betul jambu takda biji ni memang crunchy dan buah tangan special kalau dulu².
Jaja study UUM ye...
DeletePH pulak dari Utara study di Lembah Klang hehe
Baru tahu jambunya tiada biji.
ReplyDeleteYe, takde biji NA.
DeleteNanti turun ke Utara, singgah beli tau 🤗
Sedapnya makan jambu batu tanpa biji.
ReplyDeleteRezeki tu dapat kiriman dari Tok Umi.
Alhamdulillah
Deletealahai.. tak stop dekat tapah blk outstation hr tu.. kalau singgah confirm beli, bekalan utk Faqeeh si peminat buah
ReplyDeleteAlamak...huhu ..next time jgn lupa singgah Ily...
Deletebest tu jambu tapah
ReplyDeleteKan MT...sebiji tu bole je habis makan sorang pun :D
DeleteMrs. A kalau singgah R&R Tapah memang suka beli jambu ni kedut-kedut takde biji hehehee...
ReplyDelete