Sunday 4 June 2023

Tuition Cuti Sekolah

Cuti sekolah kali ni Ummi regi Abang untuk tuition anjuran sekolah dan personal tuition dengan Tr. Aisyah. 

Personal tuition ni untuk subjek Math. Form 1 dulu PDPR most of the time, silibus pula tinggi melangit, nampaklah kesannya bila yang asas tu belum kukuh. Jadi, labur  duit sikit, masa dan tenaga masa cuti sekolah ni untuk Abang lebih faham subjek Math ni. Alhamdulillah dia seronok dan faham dengan cara Tr mengajar. Next cuti pun nak masuk tuition lagi katanya :D 

Sebenarnya ibu RA, Mami Zila yang contact Tr dan bila Ummi berminat juga, dia ajak join sekali. Kurang sikitlah bayarannya sebab personal tuition ni harganya beza dengan group tuition

Tr buat di dewan komuniti, selesalah Abang dan RA belajar. Depa dua ni dulu schoolmate di SRAI. Sekarang sorang di SMKA, sorang lagi di SMAP. Alhamdulillah dua-dua buat Ulul Albab (TMUA). 

Tuition sekolah cuma RM35, 6 subjek 

Tuition anjuran sekolah ni pula dijalankan secara online


Nampak macam pack jadual cuti sekolah Abang kali ni, tapi sebenarnya tak pun. Masih banyak masa untuk dia buat tahriri, homework dan paling penting 'main handphone ' :p





4 comments:

  1. Hello PH ibu Aqil kembali. Hihihi! Yg last tu sama macam Aqil yg penting boleh main hp. Huhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome back ibu 🤗
      Anak2 sekarang mmg tak dapat dipisahkan dgn handphone:)

      Delete
  2. Personal Tuition tu..berapa lah agaknya tuition fee sekarang yer PH?
    Pasti boleh tahan jugak tu..Tapi demi ilmu kan..ilmu takkan pernah habis..in shaa Allah berbaloi..

    ReplyDelete
  3. sama la.. MA pun since covid tu memang amik kan tuition utk Ian & Iris.. online but one to one ngan cikgu tu. memang kena invest skt la utk masa depan diaorang

    ReplyDelete