Monday 19 June 2023

Ahlan Ya Zulhijjah


Selamat datang bulan Zulhijjah, bulan istimewa buat seluruh umat. Jika kita biasa meraikan Ramadhan, apa kata kita rebut juga peluang membesarkan 10 Hari Terawal Zulhijjah ini dengan melaksanakan pelbagai ibadah seperti berpuasa Sunat, khususnya pada hari Tarwiyyah (8 Zulhijjah) dan hari Arafah (9 Zulhijjah). Sejak dewasa ni baru Ummi perasan, sebelum tibanya Aidil Adha pun kita berpuasa (puasa Sunat), jadi hari raya tu lagi bermakna rasanya. Feeling macam raya puasa juga... 

Antara amalan² lain yang boleh kita lakukan...

Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua dak? Sama-sama kita ambil peluang untuk menambah amal ibadah ان شاء الله

[Photos: Credit Sources]

SRAI dan sekolah² KAFA bawah JAIS cuti sempena 1 Zulhijjah. Ummi masak sikmak lagi :) Kali ni guna santan kotak, dan titiskan sikit minyak masak. Katanya nanti nasi tak berketul. Alhamdulillah menjadi petua ni. 



4 comments:

  1. Insya Allah puasa sunat pada 8-9 Zulhijjah.

    ReplyDelete
  2. Sy ambik mudah mmg guna santan kotak je buat sikmak...mmg menjadi letak titisan minyak kan

    ReplyDelete
  3. sedih bila tak dapat turut sama puasa..

    ReplyDelete
  4. X dapat puasa...SA akui x berapa pandai masak nasi lemak..biasa pak zain yang masakkan..

    ReplyDelete