Saturday 1 October 2022

Projek Aulad 2022

Projek Aulad tahun lepas secara individu, PKP masa tu. Adik buat sandwich telur. 

Tahun ni pun murid-murid 6 tahun kena buat sandwich telur juga manakala murid 5 tahun buat salad buah-buahan. 

Masing-masing kena bawa 2 biji telur rebus.

Sesi kopek telur... 

Sesi hancurkan telur...

Letak sayur ... Terima kasih parents yang sponsor salad, tomato, timun dan mayonis. 

Hasil kerja Adik... 

"Adik letak timun je sebab Adik tak makan sayur lain" :D 

Adalah juga bawa balik sekeping airtangan dia untuk Ummi ☺️

Baguslah aktiviti sebegini, tidaklah anak-anak hanya belajar kemahiran 3M atau subjek yang telah dikhususkan sahaja. 

Alang-alang tu selit sekali gambar hari pertama pindah di sekolah baru pada 12/9 tempohari. Sekolah sama tapi pindah lokasi, lebih selesa tempat baru ni alhamdulillah. 

Tokki (Atok Hana) belanja McD sempena birthday-nya. Seronok anak-anak ni... Moga bertambah luas rezeki Tokki dan diberi kesihatan yg baik sentiasa 🀲

5 comments:

  1. Budak2 memang seronok, kan.. zaman kita dulu belum ada lagi aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
  2. Makin mahir Adik buat sandwich telur.
    Semoga murah rezeki Tokki.

    ReplyDelete
  3. Seronok la dieorg belajar buat sandwich telur. Wah, birthday party dapat mcd semuanya alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. seronok bebudak bila ada aktiviti2 mcm ni...

    ReplyDelete
  5. Teringat zamn dania kecik2 mcm diorang ni...masa sambutan birthday tu la yg meriah, ada kek, goodies bag...

    ReplyDelete