Monday 24 October 2022

Cuti Deepavali ~ Day 2

Sementara Walid dan Abang cuti ni, banyaklah urusan kemas-mengemas dapat disiapkan. Belum boleh kemas betul-betul, lebih kepada alih barang dari satu tempat ke satu tempat yg lain sebab nak bagi ruang kepada kontraktor buat kerja. Kerja mengecat (coating/sealer) dan ganti tiles yang pecah dan 'lompong' dek haba panas semasa kebakaran hari tu dah disiapkan semalam. Alhamdulillah banyak progress 🤲

Ummi re-potting tanaman di belakang rumah. Esok-esok nak kena ke Ninso lagi agaknya, pasu tak cukup. 

Singgah Bandi ambil Queen. Alhamdulillah selesai satu bab. 

Lepas Zohor kami ke Dewan Orang Ramai Batu Muda meraikan jemputan kenduri kahwin anak Kak Leha GTM. Sebelum ni dah 2x kami menghadiri kenduri kahwin anak-anak beliau. Walaupun Walid dah bertukar tempat kerja dan Kak Leha pun dah bersara, tapi ukhuwah masih terjalin. 

Sedap betul nasi kenduri kali ni. Ke sebab kami terlebih lapar? Hahaha... Nasi, lauk semua sedap sangat.

Tapai
Dulu arwah Tok buat guna daun keladi. Yang ini daun pisang. Ada juga yang guna daun getah. Kecik-kecik dulu Ummi tak makan tapai, dah besar baru reti makan. Kalau jumpa di rumah kenduri tu, jarang Ummi lepaskan. 

Selamat Pengantin Baru buat mempelai. Untuk Kak Leha, terima kasih banyak atas undangan. Ada rezeki jemputlah lagi :p 

5 comments:

  1. Selamat pengantin baru buat mempelai. Dalam kesibukan, PH dan walid sempat memenuhi jemputan walimah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ukhuwah berterusan. Ingat Kak Leha jiran rumah.

    ReplyDelete
  3. Sis, saya ada byk pasu dari rumah lama yg tak tau nak buat apa sbb rumah skrg ni balkoni nya sekangkang kera je. Klu nak, boleh la ambik klu datang ke sentul. Roger2 je.

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru buat mempelai. sy pun slh sorang yg tak pandai mkn tapai dari kecik sampai dah besar skrg ni ehehehe

    ReplyDelete
  5. semoga pengantin mendapat Samawa - Sakinah Mawaddah Warrahmah 😅

    ReplyDelete