Saturday 15 October 2022

Nasi Bajet Sedap



Lama dah tak jumpa lauk sedap tapi murah macam akak ni jual. 


Akak ni bahasakan dirinya Mak :) Lokasi food truck-nya berhadapan dengan Bananabro Prima Sri Gombak. 


Pelbagai jenis juga lauknya. Sedap-sedap pulak tu. Orang Cina dan India pun ada beli akak ni. Rasanya akak ni jual weekdays aje target customers-nya orang bekerja agaknya sebab Ummi perasan yang membeli pun kebanyakannya golongan pekerja. Teringat zaman bekerja dulu, selalu serbu Kak Nor yang meniaga dekat Bank Muamalat Taman Melawati tu untuk makan tengahari. 

Semua ni RM15.70 je. Nasi putih, sayur kobis dan kuah sambal basic dia, lepas tu ambillah lauk apa yang kita nak. Untuk Adik memang Ummi bagitau awal taknak sayur dan kuah sambal. 

Setakat ni Ummi puashati dengan harga dan rasanya. Adalah alternative selain nasi kukus ayam berempah :D 


4 comments:

  1. Wah ..murah banget dah tu PH.Kat tempat kerja saya ada juga selalu open order nasi bajet RM5..tapi terhad lauk sayur dan ayam pun saiz kecik la.Kalau lauk ikan keli tu dh jadi RM7.Cuma saya memang bawa bekal hampir setiap hari.Bekal simple ja..Paling tak sempat pun saya bakar roti atau makan megi cup(sesekali la)
    🤭🤭 sebab saya malas nak turun 🤣

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Saya pun kadang-kadang terjumpa makanan harga bajet tapi banyak dan sedap. Mudah-mudahan penjualnya sentiasa dilimpahi rezeki.

    ReplyDelete
  3. Masih dalam harga bajet ni, nampak banyak portionnya, berbaloi. Ni berniaga sambil bersedekah.

    ReplyDelete
  4. ada orang yang berniaga ikhlas..tak berkira masa mencedok. Ada tu siap sukat senduk lagi. Semoga rezeki "mak" ni melimpah ruah

    ReplyDelete