Sunday 9 October 2022

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana PSRA/UPKK 2022

Alhamdulillah berpeluang untuk join Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat PSRA/UPKK pada Khamis malam Jumaat lepas. Terima kasih banyak kpd Mama Harez yang sudi tumpangkan Ummi dan anak3 ke majlis tersebut. Maklumlah lesen memandu Ummi valid sebelah siang saja :p 

Usai kelas jam 3.30, anak-anak T5 & T6 terus bersiap-sedia untuk sesi bacaan Yasin. Mandi dan tukar baju di sekolah manakala ibu ayah dijemput untuk solat hajat dan ceramah motivasi selepas Maghrib.

Sesi ceramah...

Cuma, tak jelas audio-nya terutama bagi Muslimat. Adalah dengar Ustaz pesan supaya ibu ayah/anak yang nak menduduki exam ni supaya; 
1. Selawat 1000x /sehari 
2. Bertawassul supaya tercapai hajat 

Dan Ustaz pesan supaya kita amalkan sunnah memberi salam dalam keluarga. Sebelum tidur umpamanya ibu ayah ucap salam dulu kepada anak-anak. Dikhabarkan, Saidina Abu Bakar pernah menyorok menunggu Baginda Rasulullah SAW  untuk memberi salam tapi setiap kalinya Baginda Rasulullah yang akan memberi salam kepada Abu Bakar terlebih dahulu. Nak cerita di sini bahawa memberi salam itu sunnah dan besar pahalanya hingga Baginda sendiri sentiasa memulainya.

Usai ceramah, solat Isyak berjemaah dan bersurai. Jamuan sekolah sediakan secara pek. Sampai di rumah terus makan, tak sempat ambil gambar nasi ayam tu. Lapaq! 





6 comments:

  1. Ek apa makna lesen memandu valid sebelah siang?
    Bagus bagi tips untuk menduduki peperiksaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya sebelah malam tak boleh drive NA, silau dan tak berapa berani haha

      Delete
  2. Hahaha...sama la kita..kalau malam harap anak2 ja la drive...silau..
    Pi buat spect tak selesa nak pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...kalau malam mmg tak drive kecuali senja tu boleh lagi la

      Delete
  3. alhamdulilah...kalau ada aktiviti begini

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah usaha semua pihak utk pastikan kejayaan anak2.

    ReplyDelete