Sunday 2 October 2022

Gotong Royong SMKA


Aktif betul pihak sekolah dan PIBG sekolah Abang anjurkan pelbagai program. Pengetuanya pun berstatus Pengetua Cemerlang, pasti banyak idea dan perancangan untuk sekolah. Kita support saja apa program pun. Pastinya setiap program yang dianjurkan ada objektif dan kebaikannya untuk para pelajar.  

Salah angle, terus Abang nampak rendah 😂

Taklimat untuk para pelajar dan ibu bapa...

Alhamdulillah cuaca sangat membantu, redup dan berawan...

Difahamkan, pihak DBKL juga turut meminjamkan peralatan untuk gotong royong ni. Selain tu, ibu bapa juga turut menyumbang peralatan, makanan (pot luck) dan wang untuk menjayakan program ni alhamdulillah. 

Moga bertambah bersih dan selamat persekitaran sekolah. Ummi tak join, uruskan Adik dan Kakak. Tapi, kalau gotong royong asrama nanti rasa nak pergi juga, nak tengok asrama Abang :D Sejak masuk asrama ni, kami belum pernah naik ke asrama, tak dibenarkan dek pandemik. Boleh juga bersilaturrahim dengan parents rakan sebilik Abang. 

13 comments:

  1. Tahniah buat ibu bapa yg hadir ke acara gotong-royong sekolah.

    ReplyDelete
  2. Hehe kena rajin sertai.
    Semakin ceria dan bersih sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok NA, dah 2 tahun sepi dengan program:)

      Delete
  3. Guru, pelajar dan ibubapa sama2 aktif, itu yang buat guru tambah semangat nak menganjurkan macam2 program kan. Tahniah, SMKA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, semua pihak saling menyokong. Tambahan pula 2 thn dah tiada program sebegini.

      Delete
  4. Alhamdulillah ..
    Kata orang elok
    " kepalanya" in sha Allah elok lah ekornya

    ReplyDelete
  5. Seronok dapat menyumbang tenaga :)

    ReplyDelete
  6. Memang peranan pibg membantu pengurusan pihak sekolah
    Tahniah semua yang terlibat

    ReplyDelete
  7. Seronoknya banyak aktiviti macam ni..

    ReplyDelete
  8. samalah...ammi pun tak pernah lagi naik asrama Kyra.
    gotong royong skolah rendah anak-anak haritu cikgu kata murid je datang...parents takyah. oklah tu dapat gak ammi ngelat kat rumah huhu

    ReplyDelete