Wednesday 31 August 2022

Lunch di Bai Krapraw Seafood

Late lunch Ahad lepas, selepas balik ambil Angah di tuition dan hantar barang Abang di asrama, dan sebelum masuk rumah sewa. 

Selalu nampak banyak orang di kedai ni tapi tak pernah singgah. Satu menu special yang Ummi perasan dari luar kedai sebelum ni ialah aiskrim kelapa muda. Malas nak singgah jika semata-mata nak makan aiskrim. Lagipun kedai ni betul-betul tepi jalan besar, susah juga nak parking. 

Hari tu pula kedai nasi campur banyak dah habis lauk atau dah tutup jadi terjah sini dengan harapan dapat makan nasi ayam pun jadilah.

Sekali, macam terjumpa lubuk emas haha... Ada menu goreng-goreng walaupun baru pukul 2 lebih...

Nasi Goreng Ayam Kunyit. Walid order tapi Ummi termakan 😁 Ingatkan Nasi Goreng USA yang Ummi order, sebab ada telur mata tu... Sekali, dah nak habis nasi goreng ni, waiter hantar sambil cakap "Nasi Goreng USA..."
Lapaq sangat terus ngap :D 

Walid redha je la makan Nasi Goreng USA ni :) 

Kakak & Adik makan Maggi Goreng. Angah pula pilih Nasi Goreng Kampung. Sedap nasi gorengnya. 



Selain Thai food, dessert pun menarik ..ada bingsoo/bingsu, aiskrim, pulut mangga dsbnya. Next time la cuba...

Alamat kedainya ye 👆
Dekat simpang SBPI Gombak tu je... Nampak juga beberapa group pelajar puteri sedang menjamu selera di sini. 


Kedainya bawah pokok tapi bersih dan hiasannya pun nampak cantik. Makanan sedap, staff pun ramah Dan serving time pun cepat.  Cuma parking space limited sebab kedai ni di tepi jalan utama. Kereta kena park tepi jalanlah.  Apapun it's worth to try :)

4 comments:

  1. Ni kalau ada kat Johor, harus Pak Inche ajak terjah. Nama kedai pun dah menunjukkan kesiamannya. Tomyam mesti sedpa ni.

    ReplyDelete
  2. Patut Adik itu bagitahu awal-awal makanan pertama hantar.

    ReplyDelete
  3. Wah, lubuk emas betul tu. Nampak sedap2 makanannya

    ReplyDelete
  4. Aduhai....SA tghai ni x makan lagi...tgok entry ni petang terus lapar perut SA...hahahaha

    ReplyDelete