Tuesday 30 August 2022

Sambutan Hari Merdeka 🇱🇷

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65!

Semalam banyak juga sekolah yang dah sambut Hari Merdeka kan? Termasuklah sekolah Adik...

Murid-murid digalakkan pakai baju berunsurkan warna bendera kita. Meriah bila ramai yang berpakaian ikut tema 😍

Simple je sambutannya sebab sekolah nak pindah ke bangunan baru hujung minggu ni. Tak adalah deko-deko Merdeka

Ada juga jamuan secara potluck...

Adik bawa Vitagen. 

Ummi pergi laundry, terserempak dengan anak2 Pasti Permai tengah berarak. Ummi pun dapat bendera Malaysia satu. 

Ini pula anak2 Tabika Kemas...

Berarak sekali dengan parents 👍

Baguslah acara sebegini diadakan agar anak-anak kecil dapat pendedahan tentang hari bersejarah ini. Walaupun belum faham sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya depa peka nak laung Merdeka! Merdeka! Merdeka! dan kibarkan bendera. 



8 comments:

  1. Tahun ini semangat patriotik lebih terasa berbanding beberapa tahun sebelum Covid.Mungkin ini antara hikmah dalam musibah.Menjadikan kita lebih bersyukur .
    Seronok tengok anak-anak kecil pun bersemangat kan PH..

    MERDEKA!

    ReplyDelete
  2. Cantik pelitup muka Adik!
    Rasa meriah tahun ini.

    ReplyDelete
  3. selamat hari merdeka dari wak diseberang ye., ;p

    ReplyDelete
  4. Meriah luar biasa sambutan kemerdekaan tahun ni kan. Yang ada anak2 kecil pasti lebih meriah, terasa macam zaman kanak2 kita dulu.

    ReplyDelete
  5. meriah thn ni, ank2 kat taska pun kita buat dkt padang berhampiran shj.

    ReplyDelete
  6. Tahun ni sambutan luar biasa kan...bagus semangat kemerdekaan rakyat Malaysia...

    ReplyDelete