Monday, 29 August 2022

Ubi Kayu Rebus




Semalam tengok Mak Cella makan ubi kayu rebus. Terliur juga tapi syukurlah baru je makan ubi kayu rebus. 


Ummi cicah dengan kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam dan gula. Lawan pula dengan kopi O. Nikmatnya! 

Ada tebu sekali. 

Tak tunggu lama, cuci-cuci terus rebus :D 

Kecik-kecik dulu suka buat main kulit ubi yang warna pink ni. Cantik! 

Petang tu teruslah minum petang dengan ubi rebus. Dengan hujan yang renyai-renyai, memang layan :)

Tebu tu tak sempat makan jadi sedekahkan kepada Cik Ana. Manakala pisang Mak Bee bagi Ummi sedekahkan pula kepada Aunty Sopiah.

"Ambillah Kak, sedap buat cekodok ni. Kami tak sempat nak makan (sebab kebakaran tu kan). 

Tup-tup petang esoknya Aunty Sopiah siap buatkan cekodok untuk kami ☺️

Alhamdulillah. 

11 comments:

  1. Eloklah bagi pada orang lain kalau tidak sempat buat. Apapun alhamdulillah dapat merasa.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya dapat makan ubi rebus.
    Haritu saya beli ubi tapi tak elok isinya, akhirnya buang gitu jelah. Takde rezeki.

    ReplyDelete
  3. teringin nak makan ubi rebus...tapi kang angin naik plak...

    ReplyDelete
  4. kan..ammi pun terliur tgk ubi rebus mamacella tu. dapat cicah dengan sambal ikan bilis sedapnya lahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Nanti cari ubi dan rebus tau Ammi...jangan kempunan..🀣

      Delete
  5. Aduhai! Di sini pun hujan renyai-renyai... Nak cari pintu Doraemon...nak terjah ke dapur orang yang sedang rebus ubi.

    ReplyDelete
  6. Saya pun dulu hanya tau cicah kelapa bergula ni ja...Tapi anak-anak suka cicah sambal tumis,jadi dah terbiasa cicah sambal pula..hihihi

    PH..kulit pink tu saya pernah tengok artis veteran Rubiah Suparman mengolah jadi kerabu.Saya juga sudah cuba masak pedas..n
    not bad...

    ReplyDelete
  7. kat jakarta ni hampir setiap hari wak mkn singkong ubi goreng nih.,. sedapp

    ReplyDelete
  8. Teringat, masa kecik2 dulu, macam nilah gaya makan ubi rebus, sedappp. Kita pun suka tengok kulit pink ubi kayu tu, tapi jangan haraplah nak main, nak kena pepah, hahaha.

    ReplyDelete
  9. weekend lepas jumpa ubi rebus ngan kelapa..alhamdulillah..dap bfast ngan Ibu

    ReplyDelete