Thursday 11 August 2022

Makan & Makanan 2

Biar gambar berbicara :p

Bubur Asyura in the house again! Ini versi Kelantan tak salah Ummi sebab Cik Ana yang bagi. Beliau asal Kelantan. Rasanya berbeza dengan bubur Asyura Utara yang manis, lemak dan dipenuhi keledek, pisang, kekacang dsbnya. Bubur Asyura Cik Ana ni manis, berempah dan ada daging. Versi Selatan pun rasanya ada perbezaan jugak. Uniquely Malaysia πŸ‡±πŸ‡·

Kek birthday Aunty Naaz, jiran baru. Anak3 sukalah...

Nasi lemak dari keluarga Rizqi, sempena birthday pertama dia, 7/8. Rizqi ni bff Ummi haha ... Setiap pagi mesti datang rumah; tengok kucing, main bola... Takpun dia tengok ja Ummi sidai kain :D 

Nasi lemak belakang PV Taman Melati. Singgah sini lepas hantar Queen service.
 
Karipap Inti Ikan, beli dari kenalan 2 pek. Dah selesai satu, lagi satu simpan untuk makan dengan Abang bila PB nanti.

Pisang Lemak Manis dari Cik Leha. Sekali tebang, memang meriah buahnya. Sedap makan begitu saja atau dibuat cekodok. 

Nasi kenduri dari surau. Lauk kambing dan ayam. Seedless grapes tu rangup dan manis ya amat..

Ini pun dari surau...

Buah tangan dari Sabah from Uncle Akmal. Walid dapat T-shirt, kami dapat kuih cincin. 

Alhamdulillah syukur 🀲






18 comments:

  1. Alhamdulillah murah rezeki PH sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Kita teringin nak kuih cincin. Kalau dapat yg lembut dan rangup tu sedap. Bubur Asyura versi selatan memang rupa bubur, kan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....
    Kami baru plan nak berasyura minggu depan sebelum berakhir Muharram.
    Selalu dengar nama Cik Leha bagi macamw..
    Semoga Cik Leha dilimpahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Leha teringin nak makan bubur Asyura, boleh tlg kirim sebekas MC haha...

      Delete
    2. Hahaha....kami nak ajak Cik Leha kacau bubuq sora🀭

      Delete
  4. Alhamdulillah....
    Kami baru plan nak berasyura minggu depan sebelum berakhir Muharram.
    Selalu dengar nama Cik Leha bagi macam2..
    Semoga Cik Leha dilimpahkan rezeki

    ReplyDelete
  5. Meriah dengan pemberian orang bagi. Tidak sangka ada bff budak kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak comel tu penghibur hati pagi-pagi NA 😁

      Delete
  6. Rezeki pelbagai bentuk, alhamdulillah. SS tak boleh masuk dengan bubur asyura. Dari negeri mana2 pun, SS dah cuba masih tekak tak boleh terima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... Lain orang lain citarasanya kan. Takpe SS, bubur lain banyak lagi :D
      Terima kasih singgah sini 🌹

      Delete
  7. Wah, sampai juga kuih cincin ke sana ye PH.

    ReplyDelete
  8. Wah.. Sedap-sedap semua menunya.. Ohsem sangat..

    ReplyDelete
  9. Aduhai.. lamanya tak makan bubur asyura. Terima kasih kerana sudi singgah blog saya dan maaf lama tak bersiaran.

    ReplyDelete