Saturday 20 August 2022

Api ~ Hari Kejadian

Jam 3.45 pagi tadi genap seminggu musibah kebakaran yang menimpa kami. Kebakaran berlaku di bilik tidur utama kami.  

Pada pagi Ahad 14/8/2022 tersebut kami suami isteri terjaga asbab hujan lebat. Bila terjaga bau hangit. Sangkaan awal mungkin dari charger handphone. Bukan. Walid buka pintu bilik manalah tahu bau hangit tu dari dapur. Alhamdulillah tiada apa-apa juga. Bila nak tutup pintu bilik, dari samar-samar cahaya lampu belakang rumah, ternampak asap. Semakin diamati, semakin banyak asapnya.

Terus kami kejutkan anak3 yang sedang tidur, lari ke tingkat bawah, tutup main suis, capai purse & wallet, keys dan dalam masa yang sama called 999. Walid alihkan kereta ke tempat selamat bersama anak3 dan anak6 bulus. Tak sampai 5 minit pun, tapi dari luar kami nampak api mula membakar curtains yang letaknya di bawah aircond. Masa ni Ummi takut sangat, takut api merebak. Sekali lagi called 999. Jiran-jiran semua kami kejutkan. Memang kelam-kabut pagi tu. Alhamdulillah semua bangun dan berjaya menyelamatkan diri. Tak sampai 10 minit Bomba sampai. Alhamdulillah depan rumah kami ada pili Bomba jadi kerja memadam api sangat pantas. Alhamdulillah api tak merebak, hanya di bilik tidur sahaja. 

Rumah kami di-seal sementara menunggu team Forensics Bomba datang menyiasat punca kebakaran dsbnya. Selesai siasatan pihak forensic sekitar jam 11 , barulah kami dibenarkan masuk rumah.

Sebak bila nampak ni 😭...

Bilik tidur utama...

Sofa yang Ummi hadiahkan untuk Walid 2 tahun lepas. In fact, master bedroom ni dan kebanyakan perabotnya masih baru, renovate sebelum PKP. Sampai sini je rezekinya. 

Disebabkan asal yang tebal, keseluruhan ruang/bilik di tingkat atas dilitupi jelaga hitam. Alhamdulillah dokumen penting semua selamat. 

Bilik Kakak...

Bilik Abang...

Tingkat bawah basah dek air Bomba... 

Beranda dan porch juga mengalami nasi yang sama :( 

Alhamdulillah dalam kelam-kabut tu teringat juga kucing6 kami. 

Walau apapun, syukur kami sekeluarga dan jiran-jiran semua selamat. Memang syukur sangat-sangat sebab Allah bagi kami terjaga time tu. Ialah, time tu pakat nyenyak tidur, hujan pulak tu... الحمد لله ثم الحمد لله 🤲🤲🤲

Moga Allah gantikan yang lebih baik dari ini...

#tinggalkenangan 

11 comments:

  1. Allahu..
    Tak dapat nak bayangkan dalam mamai tidur melihat asap tebal dan api dalam rumah sendiri.Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik
    & mudahkan urusan PH dan keluarga.Penat lelah nak mengemas pastinya Allah sediakan ganjaran pahala.
    syukur kepada Allah kerana tiada kemalangan jiwa...

    ReplyDelete
  2. Allahu.. semoga digantikan dengan yang lebih baik. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, hugsssss PH 😭😭😭

    ReplyDelete
  3. Punca apa ya? Moga Allah gantikan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  4. Syukur semuanya selamat. Semoga semua urusan dipermudahkan kak

    ReplyDelete
  5. AllahuAkbar..... moga Allah gantikan dengan yang lebih baik buat keluarga PH.

    ReplyDelete
  6. Nak nangis baca... alhamdulillah semuanya selamat

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya allah maha kuasa..nasib tersedar, x nak bayangkan yang bukan- bukan...SA takut bab ni la...sebab kita tak pasti keadaan kita masa tu bersedia atau tak...semoga allah gantikan dengan yang lebih baik ye PH...syukur semua selamat..dan takde kemalangan jiwa

    ReplyDelete
  8. Allahu…inna lillah wa inna ilayhi rojiun.
    Tengok gambar je pun terasa sebak, apa lagi PH yang alami. Alhamdulillah tak ada kemalangan jiwa dan dokumen penting dapat diselamatkan.

    ReplyDelete
  9. Allahu... sebak baca. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.
    Dalam masa yang sama salute dengan PH dalam musibah masih mampu tersenyum sebab masih mampu up-date blog kan... ;-)

    ReplyDelete
  10. Allahuakbar... lama nya x jengah sini..baca recent update..terus cari yg awalnya... sedihnya baca..moga tabah hadapi dugaan ni, setiapa apa yg berlaku pasti ada hikmahnya .. apa pun.. syukur alhamdulillah..semuanya selamat.

    ReplyDelete
  11. innalillahiwainnalillahirajiun.,

    ReplyDelete