Tuesday, 11 August 2020

Surprise untuk Walid


Hari nak pasang curtains tu... (Baca: SINI)... 
Pagi tu sambil-sambil menyapu bilik, tiba-tiba datang ilham nak hadiahkan Walid something. Dah lama Ummi tak bagi hadiah special untuk Walid.
Sebenarnya Ummi tahu Walid berkenan sangat dengan satu kerusi ni, wing chair. Setiap kali masuk ke H&A Craft Walid try duduk dan tanya Pn Halina "Kerusi tu ada lagi kak?" Kita fahamlah dia berkenan.


Congak sana congak sini, cukuplah duit untuk beli sebiji. Terus call Pn Halina, confirmkan harga dan minta dia tolong hantar sekali masa pasang curtains petang nanti. " Taknak beli sepasang ke? Kalau sepasang akak boleh bagi murah sikit" Bukan tak nak beli tapi cukup-cukup je duit pun. Lagipun kalau beli sepasang tak exclusive lah haha...  

Dek kerana Ummi beli sebuah je wing chair ni, sempat jugalah Pn Halina hantar sendiri, tak perlu arrange lori. Ummi pun mentioned nak buat surprise untuk Walid dan beliau pun sudi nak membantu alhamdulillah. 
Eh, apa ni tanya Walid haha... 

Petang tu senyum lebarlah Walid. Dengan curtains baru yang cantik tu, dapat pula surprise dari Ummi 😊

Terima kasih Pn Halina & H&A Craft atas kerjasama buat surprised ni. Ada video Ummi record untuk kenangan. The expression on his face was so priceless. 
Rasa sangat berbaloi korek tabung beli gift ni :D

10 comments:

  1. Wah! Kerusi mewah. Selesa duduk ini.

    ReplyDelete
  2. Ingat beli buai yang tunjuk gambar hari tu, tapi ini pun ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, kita dahulukan org tersayang dulu hihi...

      Delete
  3. ehehe sweet je.. mesti senyum2 suka tengk kerusi tu..

    ReplyDelete
  4. Selesa duduk kat kerusi ni. Alhamdulillah dapat hadiahkan untuk orang yang tersayang.

    ReplyDelete
  5. Rasanya akk lagi happy tengok suami happy dapat kerusi tu haha...

    ReplyDelete