Tuesday 5 July 2022

Blanket Hotel, Seberang Jaya, Penang

Tempat kami bermalam semasa ke Prai tempohari. Jalan kaki je nak ke Nasi Kandar Beratur 786 tu :) Berhampiran juga dengan The Lights Hotel dan Sunway Medical Center serta beberapa fasiliti lain. 

Kami booked family room, RM190/night. 

1 queen size bed & 1 single bed 

Ada iron, iron board, mini fridge, kettle, pek kopi/teh serta air mineral. TV pula semuanya basic channels. 

Bilik air Ummi suka sebab besar dan bersih. Ada bath tub, bolehlah anak3 berendam.
Basic toiletries pun disediakan. 

Dari segi lokasi, service, staff semua bagus. Cuma, ada beberapa perkara yang pihak hotel perlu tingkatkan. Antaranya penghawa dingin kurang sejuk (mungkin lama tak di-service). Mujurlah ada kipas siling. 

Awal-awal memang panas tapi, tengah malam pakat berebut selimut :D

Selain tu, tahap kebersihan bilik juga perlu dipertingkatkan. Secara keseluruhan semua nampak ok, tapi kalau  zoom nampak ada ruang untuk penambahbaikan. 

Walaubagaimanapun, sedikit kekurangan (yang boleh diperbaiki ni) tidaklah mengurangkan keselesaan kami. Tambahan pula hotel ni milik bumiputera, jadi kami memang support 💪 

Paling best, lokasinya yang strategik. Dekat dengan segala kemudahan terutamanya tempat makan best. Ala, Penang kan terkenal sebagai syurga makanan. Segala cerok negeri ni ada tempat makan best. Kalau tak nak makan nasi kandaq, boleh layan makanan Pantai Timur & Siam di Anggerik Desa Tomyam. Jalan kaki je ke situ dari Blanket Hotel ni. Victoria Station pun seberang jalan je. Nak lagi dekat, Tazaa Arabic yang menghidangkan juadah Timur Tengah sebelah je dengan hotel ni. Keluar pintu utama hotel, boleh terus masuk ke restoran ni. Kalau nak makan buffet boleh cross jalan pergi ke The Lights Hotel. Breakfast buffet dia sedap tau 😁 

Lobi hotel yang cantik... 

Ada lif... I like 👍

Kalau nak tahu, pemilik Blanket Hotel ni jugalah yang menguruskan De Palma Shah Alam sekarang. Terbaru, depa dah managed satu hotel di Langkawi. Tumpang bangga & happy dengan keupayaan anak tempatan bersaing dalam bidang perhotelan yang pastinya perlu dana yang besar untuk beroperasi. 

Blanket Hotel
95, Jln Todak 6 
Pusat Bandar Seberang Jaya
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang

4 comments:

  1. Nama Blanket hotel cam comel je..
    Lamanya Aini tak pi penang..

    ReplyDelete
  2. Memang strategik pula ya dekat macam-macam tempat makan.

    ReplyDelete
  3. I like the name Blanket Hotel hah..hah...

    ReplyDelete
  4. blanket hotel terus terbayang gebo terus rasa nak tido ehhehe

    ReplyDelete