Wednesday, 30 March 2022

Buffet Ramadhan @ De Palma Hotel Shah Alam (managed by The Blanket Hotel)

Kawan Walid, orang kuat The Blanket Hotel sebuah syarikat pengendali (operator) hotel bumiputera jemput Walid ke Majlis Pra-Buffet Ramadan di De Palma Hotel  Shah Alam. Pihak PKNS telah melantik The Blanket Hotel sebagai pengendali Hotel De Palma Shah Alam dan De Palma Resort Kuala Selangor. Manakala De Palma Ampang diuruskan oleh sebuah lagi syarikat bumiputera juga. The Blanket Hotel sebenarnya memiliki dan menguruskan beberapa hotel di Pulau Pinang seperti Bahang Bay Hotel, milik  Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). 

Walid pergi berdua dengan Uncle Akmal.  Ikutkan Ummi pun teringin nak join, tapi terpaksa uruskan anak-anak sekolah. Jadi, rezeki UA-lah dapat makan sedap :D 

Majlis diadakan di ruang legar berhampiran pool. Masa staycation di hotel ni few years back dengan family Jitra, kami potong kek birthday di tepi pool inilah. Sayangnya, Ummi tak buat entry sebab sibuk dengan persiapan ke tanah suci. 

Sekitar majlis hari tu ... 

Kata Walid, hampir semua makanan beliau cuba. Amboi... 😂😂😂

Sedap semua katanya... Dah tu, takkan tak nak bawa isteri tercinta ni berbuka di sana nanti ☺️ Harga buffet Ramadhan (gambar bawah) ni pun taklah mahal sangat. Nak lagi best, book sekali bilik pastu kita pi solat terawih di Masjid Negeri 🤗 

Sebenarnya, harga buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam ni relatively murah. Kebanyakan harga buffet Ramadhan di hotel-hotel di Lembah Klang ni >RM100. Apapun, terpulang pada pilihan, citarasa dan kemampuan masing-masing, idak? 

Untuk sepanjang Ramadhan nanti, buffet Ramadhan disediakan di ballroom. Jadi, kawasannya lebih besar dan selesa. 

Inilah ballroom-nya. Pinjam gambar wedding Kak Yatie, yang mana majlisnya dibuat di sini dulu (2014). 

Akhir kata, jom perbanyakkan doa agar dapat kita bertemu dan mengimarahkan Ramadhan yang bakal tiba. 

Credit: Kak Mas. 

6 comments:

  1. Sedap2 ye. Dekat jugak dengan kami. Ada peluang boleh ke sana iftar nanti.

    ReplyDelete
  2. Haah murah harga buffet. Sama macam harga di Melaka tapi itulah apabila puasa, buka tidak makan banyak.
    Lepas itu kena kejar solat Isyak dan terawih. Hehe kalau boleh sambung makan lepas terawih seronok juga.

    ReplyDelete
  3. Harga mampu ni. Berbaloi la dgn RM 70 Tu . Lama X hi Dr palma

    ReplyDelete
  4. Aameen YRA. InshaAllah walid bawa isteri tetcinta hehe.. , bagus tu niat tido situ terwaikh di masjid negeri rasa macam kat tanah suci kan..

    ReplyDelete
  5. Harga pun nampak reasonable.. mestilah nak try semua makanan kan..hehe

    ReplyDelete
  6. Syoknya perut kalau dapat pi ramadhan buffet..
    Solat kat masjid biru tu pulak..kalau dulu boleh iftar beramai kat dataran tu kan...

    ReplyDelete