Sunday 10 July 2022

Aidil Adha 2022

Alhamdulillah, hari ni 10 Julai | Ahad kita di Malaysia menyambut Hari Raya Qurban. Kami hanya beraya di perantauan :p 

Set baju raya raya puasa hari tu je ...

Usai solat raya, kami ke surau untuk melaksanakan ibadah korban. Alhamdulillah ada rezeki ambil 1 bahagian korban. Pihak surau hadkan 5 ekor lembu dan 5 ekor kambing (biri-biri) sahaja. Sambutan sangat-sangat menggalakkan; pagi pihak surau iklankan, Asar semua kuota fully booked. الحمد لله ثم الحمد لله 

Dek sambutan hangat anak-anak kariah, Kelab Motorsikal surau buka lagi kuota tambahan, 3 ekor lembu tak silap Ummi. Cuma, ibadah korban mereka dilaksanakan di maahad tahfiz berhampiran. Dah 2 tahun ibadah korban tak dapat dilaksanakan jadi bila ada peluang ramai yang ambil peluang. 

Bagi pendedahan kpd Abang untuk turut serta melapah dan menghiris daging. Seronok katanya :D 

Angah sibuk juga ... Sibuk makan 🤭 Dia banyak memerhati je, dah remaja macam Abang nanti boleh terlibat sama انشاء الله

Seperti ditetapkan, jam 12.15 semua kerja dan agihan daging korban selesai. 

Lepas solat Zohor, ada jamuan makan tengahari di surau. Ummi pun tumpang sekaki :) Rindu dengan sup tulang surau ni hehe .. makan nasi dengan sup je, tapi sedapnya alahai.... 

Kemudian kami ke kubur Tok ...

Untuk makan malam, makan sup tulang air tangan Ummi pula...

Masukkan tulang dalam inner pot Noxxa, tambah air separas tulang, serai, halia dan lengkuas yang diketuk. HP 40 minit. Bila dah masak baru tambah garam. Taburkan  bawang goreng, daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Jangan lupa, kicap pedas. Ini resepi arwah Tok/arwah Tok Wan. Sup tulang kami takde letak rempah bagai. Itupun dah sedap, rasa manis daging segar tu kekal tanpa perlu letak sebarang perisa/rempah. 

Lepas Isyak, Mel ajak main bunga api. Main sekejap, then kami pusing-pusing KL.

Dataran Merdeka sesak... 

Area KLCC pun sama...

Sekian :) 



11 comments:

  1. Alhamdulillah segala berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur, after 2 yrs dapat melaksanakan ibadah korban spt sediakala.

      Delete
  2. Salam aidiladha buat akak sekeluarga 😄

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah merasa daging raya korban. Bagusnya anak PH tolong melapah lembu korban jugak. Bagus dididik dari kecik lagi kan. Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki buat korban tahun ni. Sengaja bg dia exposure supaya tak kekok dan berani utk membantu kerja2 sebegini.

      Delete
  4. selamat hariraya qurban maaf zahir batin, ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Wak.
      Kabare?
      Tenggelam tenggelam timbul ye Wak :D

      Delete
  5. Salam aidiladha 1443H
    Selamat menjalani ibadah qurban

    ReplyDelete
  6. Salam Aidiladha PH. Emak Mrs. A pun ambil 1 bahagian alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. La...rasa macam saya dan komen dah beberapa hari lepas..Agaknya saya taip tapi tak tekan publish

    ReplyDelete