Pucuk beka atau di sesetengah disebut beko ni Cik Leha bagi. Balik kampung juga dia awal bulan hari tu.
Ummi tak pernah makan walaupun pucuk beka dan buah beka ni favorite arwah Tok dan arwah Tok Wan. Kecik2 dulu Ummi tak makan ulam, kecuali beberapa jenis je...
Ada sebatang pokok beka yang sangat tinggi di hujung jalan masuk ke rumah Tok Wan. Setiap kali nak kait buahnya, kenalah pegang 2-3 orang galah yang panjang tu, kalau tak asyik meliuk-lintuk je galah tu.
Kalau setakat Tok, Tokcik Ya dan Maklang Di yang kait, susah nak jatuh buahnya. Kena guna kudrat Tok Wan juga :D
Nak sediakan kerabu style Tok ni, mula-mula kena buat air kerabu dulu. Air kerabu ni sedap cicah dengan ulam rebus atau bakar seperti umbut tepus, pucuk paku, terung bakar...
Air Kerabu
Bahan-Bahan
Santan pekat secukupnya
Garam
Kerisik
Sedikit perahan limau kasturi/limau nipis
Bahan Tumbuk
1 biji bawang merah
2 btg serai
1 inci lengkuas
5 biji cili padi
1/2 inci belacan
# Tumbuk halus semua bahan di atas
## Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama santan segar, garam, jus limau kasturi / limau nipis dan kerisik. Sebatikan rasanya.
Penyediaan Pucuk Beka
Rujukan: Dapur Cempaksari (Tq Sis!)
1. Bersihkan pucuk beka. Ambil daun dan ranting yang lembut. Basuh dan toskan.
2. Didihkan air di dalam periuk.
3. Ambil pucuk beka tadi dan masukkan ke dalam periuk beserta 1 sudu garam. Penggunaan garam untuk mengurangkan rasa pahit pucuk beka.
4. Bila pucuk beka lembut, tutup api. Toskan airnya dan biarkan sejuk seketika.
5. Potong pucuk beka tadi dan ramas daunnya untuk keluarkan airnya.
Masukkan pucuk beka ni ke dalam mangkuk berisi air kerabu, gaul sebati dan siaplah kerabu pucuk beka kita ni...
Sebab first time buat, berkuah sikit kerabu Ummi ni. Tak berapa pandai nak adjust sukatan santannya. Apapun rasanya, menepati tekak tuan tanah :D
Rasa pucuk beka ni pahit-pahit ala pucuk betik je rupanya. Teringin pula Ummi nak rasa buahnya ☺️
Saya lagi tidak pernah dengar pucuk ini. Tq tunjuk.
ReplyDeleteMungkin tempat NA lain namanya :)
DeleteSedapppnya
ReplyDeletekerabu . Ni menu kalau blk kg
arwah mak memang suka sgt pucuk beka atau buah beka walau pahit he hee
kerabu tu sama cam selalu kita buat kat kg
kecur tgk.
Ciknur orang Utara juga? Kalau di kampung, belah Baling, Sik, Kuala Nerang ginilah style kerabu kami :)
Deletetak pernah jumpa lagi pucuk beka ni
ReplyDeleteMungkin namanya lain kot di tempat MY :)
DeleteMasya Allah sedapnya kerabu dulu2 style...
ReplyDeleteBalik baru ni mak saya dah kait buah bekka ni tapi lupa nak ambil..aduhhh...terliur..Buat ubat sakit urat pun ya ni..tapi dah nama ubat..kita makan laπ€£