Friday 29 July 2022

1443H ke 1444H

Hari ni hari terakhir bagi kalendar Hijrah 1443. Jatuhnya pula pada hari Jumaat penghulu segala hari. Mendung disusuli hujan, sekejap panas pula. Berapa kali sorong ampaian keluar masuk pun tak tahu Ummi hari ni 😁 Nampak panas, sorong keluar. Baru nak lepak tengok tv, eh gelap pulak 😅 Salah satu hiburan bagi surirumah, main cak-cak dengan matahari :D 

Credit source. 

Sebelum Maghrib hari ni surau akan adakan majlis bacaan Yasin diikuti dengan bacaan Doa Akhir Tahun disusuli dengan Doa Awal Tahun selepas Azan Maghrib berkumandang. 

Di sekolah pun ada majlis bacaan Yasin masa perhimpunan mingguan tadi. Ikutkan ada ceramah Awal Muharram tapi hujan... Semua murid diarahkan bersurai dan masuk ke kelas masing-masing. 

Cikgu-cikgu pula bergotong-royong masak bubur asyura. Ada yang terlibat ada yang tidak ataupun bergilir-gilir agaknya sebab kata Kakak kelas macam biasa. Cikgu masuk mengajar juga.

Besaqnya periuk cikgu :) 

#credit photos: PIBG SRAI

Hari ni balik sekolah semua murid dapat merasa bubur asyura airtangan cikgu-cikgu :)

Alhamdulillah 💚

Ada beberapa program menarik sempena hari kebesaran Islam ni...

Petang ni. 
Boleh follow live di FB Jabatan Mufti Selangor. 

Yang ni menarik. Ada Geng Ngaji 😍 
Pukul 9.00 esok di Surau Al Ikhwan Taman Samudera. Jiran mereka, MTM Mart pun turut bagi sokongan khabarnya. 

Kuliah Maghrib Dr Zul di Surau Al Kahfi, Batu Caves. 

Ini antara yang Ummi dapat info. Banyak lagi rasanya program-program yang diatur untuk menyambut tahun baru hijrah ni  Ada rezeki, nak juga join program-program sebegini.  Masa lapang  dan peluang menghadiri majlis Ilmu juga rezeki kan? 

Salam Maal Hijrah 1444H. 


8 comments:

  1. Wah Ustaz Tarmizi pun ada . Untunglah siapa ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, cuma kami pun takde rezeki ke sana, ada urusan keluarga.

      Delete
  2. Salam Maal Hijrah dari saya buat kamu :)

    ReplyDelete
  3. Awai depa dapat makan bubur asyura..hihihi...
    Salam Maal Hijrah PH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki jangan ditolak hihi :D
      Sama, moga tahun baru membawa lebih kebaikan utk kita semua.

      Delete