Friday, 14 May 2021

Raya 2021

How's your Raya everyone?

Bagi kami sekeluarga, meriah juga walaupun beraya dalam rumah je. Effort lebih sikitlah untuk pastikan suasana raya tu tak hambar. Antaranya Ummi masak juadah raya, sediakan kuih raya banyak-banyak, buat deko raya, bertukar juadah raya dengan jiran-jiran, sediakan duit raya, beli bunga api untuk anak-anak dsbnya. Alhamdulillah anak-anak gembira nampaknya.

Kuih yang dapat hampir sama banyak dengan yang diberi. Alhamdulillah rezeki semuanya ♥️

Malam raya tu meriah betul dengan dentuman mercun dan percikan bunga api.  Ingatkan di kejiranan kami saja, rupanya tempat lain pun sama juga. Masing-masing lepas geram tak dapat balik kampung kot 😅 

Hari raya, 13/5 (Khamis)

Disunatkan sebelum solat raya, makan dulu...

Ummi masak nasi minyak. Regu dengan daging masak hitam & acar timun. Nasi sejuk pun ada.  Sedap ni makan dengan rendang pastu letak kicap. Nikmat! 

Solat raya... 

Walid tengah bagi  khutbah raya, dia makan biskut raya. Dah lama dok dendam dengan kuih-kuih raya tu :D 

Lepas solat raya...


Duit raya lebat walaupun beraya dalam rumah je alhamdulillah. 

Bergambar outdoor pula... Untuk kenangan...

Berselipar je semua 😁

Dah puas bergambar barulah kita video call keluarga. Selebihnya makan, tengok TV, tidur...ulang je aktiviti ni sepanjang hari kecuali tengok TV tu. Petang raya tu boleh pula dia rosak tiba-tiba. Sabor je lah 🙄

Apapun alhamdulillah masih dapat menyambut Aidilfitri dengan aman dan gembira walaupun bersyarat 😅 Marah, stress, frust semua ada sebab pergerakan dan aktiviti raya tidak dibenarkan (tiada house visit, grave visit on top of tidak dibenarkan rentas daerah & negeri) tapi bila tengok bilangan kes +ve yang hampir 5k sejak kebelakangan ni, rasa syukur dengan pendekatan yang kerajaan ambil. Tak dapat bayang jika kerajaan benarkan rentas daerah@negeri. Harapnya pengorbanan kita hari ni mampu membolehkan kita sambut raya di kampung tahun depan aamin 🤲🤲🤲


Stay safe semua ðŸŒ¹





9 comments:

  1. Apabila fikir saya ok sahaja beraya di rumah. Apabila di rumah baru dapat tengok rancangan raya. Saya perasan banyak rancangan raya tahun 2015-2016. Haha terusik cerita Korang balik kampung. Ada cerita sindir orang taknak balik kampung. Haha kalau kena macam sekarang mesti bersyukur dahulu dapat balik.
    Apapun ada hikmah tersembunyi. Tidak elok marah.

    ReplyDelete
  2. Raya tetap raya kan kak. Hihi.. bedilan mercun malam raya dah umpama 'Gaza kecil' punya feel. Berdentum sana sini. Lepas geram nampaknya masing2..😅

    ReplyDelete
  3. semua heppi beraya.,

    salam aidilfitri maaf zahir batin mak hazel dari wak yg jauh dimata., ;p

    ReplyDelete
  4. Raya tetap diraikan walaupun sederhana.
    Selamat hari raya buat puan hazel dan keluarga :)

    ReplyDelete
  5. InshaAllah tahun depan boleh raya di kampung bila dah 80% rakyat divaksin. Aaminn.....

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya buat PH sekeluarga banyak biskut raya tuu :)

    ReplyDelete
  7. salam aidilfitri maaf zahir batin.. stay safe =)

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Walau bagaimanapun, raya disambut dengan meriah jugakan sis.. Seronok tengok aneka kuih raya tu..

    ReplyDelete