Masa dapat parcel dari Tok Umi tempohari, seronok sebab ada sambal bilis. Tapi duit raya takde pun macam tahun lepas 🤭
Rupanya Tok Umi ingat kami boleh balik beraya di kampung tahun ni 😭😭😭 Bila confirm tak boleh rentas negeri, Tok Umi kirimkan satu lagi parcel untuk kami.
Lagi terkejut bila buka, siap ada kuali! Oh my mak mertua 😆😆😆
Kuali beli di kedai Hj Ismail Group, Langkawi. Tok Umi ke sana bulan 3 tempohari, sempena birthday Tok Ayah. Masa tu Kedah PKPP, boleh rentas daerah. Ramai yang ambil kesempatan untuk makan angin di Langkawi.
T-shirt Langkawi for kids...
Ada kuih raya, kurma, coklat dan duit raya yeay!
Belated birthday gift & card from Uda to Angah. Adik pula dapat advanced birthday gift & card ♥️
Alhamdulillah rezeki. Moga Tok Umi Tok Ayah sihat-sihat selalu. Rindu, dah lama tak jumpa!
Rendang Tok ni pula kiriman dari Paksu. Tempah dari kawannya dan directly sent to us. Raya ketiga baru bukak rasanya sebab habiskan lauk-pauk yang ada dulu. Rendang ni elok packaging-nya, tahan lama jadi Ummi simpan dalam freezer dulu.
Alhamdulillah walaupun jauh dimata, tetap dekat di hati :)
Besarnya bungkusan. Semoga murah rezeki Took Umi.
ReplyDeleteAllahu.. meriah bungkusannya..
ReplyDeleteWah! bestnya macam-macam ada 😁😁😁 rezeki bulan Syawal. Selamat hariraya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin buat PH dan family.
ReplyDeleteAllah! Rezeki Allah. Macam-macam ada. Memang meriah sungguh!
ReplyDeleteSelamat hariraya maaf zahir batin buat pH sekeluarga
ReplyDelete